3:18 PM

(0) Comments

SPR bertindak seperti Mahkamah, PAS sedia hadapi pilihan raya seluruh negeri - Ustaz Ahmad

IPOH, 4 Feb (Hrkh) - PAS mencela sikap Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) atas sikapnya yang membelakang perlembagaan persekutuan dan undang tubuh kerajaan negeri apabila tidak menerima bidang kuasa Speaker Perak tempoh hari.

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang dalam wawancara eksklusifnya dengan Harakahdaily jam 2.00 petang memberitahu, bahawa tindakan undang-undang sedang dirancang untuk mencabar keputusan SPR.

"PAS dan Pakatan Rakyat mencela SPR yang pertama kali dalam sejarah bertindak dan buat tugas mahkamah!

"SPR tiada kuasa untuk menyiasat atau memutuskan sama ada surat perletakan jawatan itu sahih atau sebaliknya. Yang utama ialah terima apa sahaja keputusan speaker.

Malah Pengerusi SPR dalam satu kenyataan yang 'pelik' menyatakan kes ini sudah selesai kerana SPR tiada bidang kuasa untuk melanjutkan atau menyuiasat kes ini dan katanya ini 'beyond jurisdiction' namun menerima surat penafian Adun berkenaan pula.

"Kalau dah tahu bukan bidang kuasa kenapa putuskan tiada pilihan raya?

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan berlaku sama akan diadakan pilihan raya kecil ataupun seluruh negeri Perak.

"Apa yang kita mahu memastikan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin dikekalkan. Beliau juga menafikan desas-desus dalam mesyuarat semalam bahawa seorang Adun DAP akan keluar. "Walaupun dia tidak puas hati dengan kepimpinan DAP, dia tetap bersama Pakatan Rakyat, itulah mesyuarat semalam diberitahu" kata Ustaz Ahmad.

Beliau dalam pada itu tidak menolak sebarang kemungkinan ada dalang di sebalik SPR yang mempengaruhi keputusan SPR itu. - azm
0 Responses to "SPR bertindak seperti Mahkamah, PAS sedia hadapi pilihan raya seluruh negeri - Ustaz Ahmad"

Post a Comment