12:15 PM
| |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang bertajuk "Mahfuz mengajak seorang Menteri bertumbuk dalam parlimen". |
9:56 AM
| |
Apa Kata Mahfuz Omar ( Naib Presiden PAS ): Pihak yang membangkitkan wasiat tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan. "Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena. Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan. "Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz. Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. "Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. "Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu". Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. "Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995? "Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya. Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu. "Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya._ |
10:08 AM
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses.
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat
galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya
kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan
kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn
zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan
kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis
labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan
kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling
banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum
jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku
lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan
kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak
merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan
jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya
mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan
kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan
bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol
anda.
10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi
memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan
ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi
mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,
jambu batu adalah pilihan yg sesuai.