10:46 PM

(0) Comments

Renungan : Jauhilah khianat dalam perniagaan

Artikel ini dipetik dari tulisan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
dari blog beliau :

- Keusahawanan bukanlah bidang yang saya pelajari semasa belajar dulu. Dari kecil sehinggalah habis pengajian saya di Mesir, saya hanya menumpu pada bidang ilmu – ilmu agama, khususnya bidang al Hadis. Makanya, saya mudah didorong untuk berpolitik kerana agama memaksa kita berpolitik.

Apapun, dari dulu saya minat melihat dan mendengar cerita perniagaan dan keusahawanan. Siapa tak suka dengar cerita duit dan kekayaan?

Semasa di India, saya pernah berlaba besar hasil daripada jualan barangan, terutama kain sari dari sana semasa pulang bercuti. Jadi, boleh acaplah saya pulang bercuti ke tanah air. Tetapi akhirnya, saya ditipu besar pula oleh masyarakat orang bukit atau orang asli dari pergunungan utara India yang datang ke ibu kota New Delhi kononnya membawa hasil kasturi. Ia cerita lucu paling lucu dalam sejarah saya dan kawan – kawan yang belajar di sana. Sampai sekarang, ia menjadi cerita pecah perut di kalangan kami.

Oleh itu, apabila saya pulang daripada belajar, minat saya itu rupanya telah mempercepatkan sahutan saya untuk menceburi bidang perniagaan. Ini sementelahan saya mula didekati rakan – rakan niaga daripada pelbagai cabang perniagaan. Sesetengahnya sudah pun berjaya dan kaya. Kebanyakannya masih dalam proses mencuba, rebah dan bangun.

10 tahun lepas, masihlah saya ingat bagaimana saya mula mengeluarkan modal yang agak besar juga daripada simpanan saya untuk memulakan perniagaan. Malangnya, dalam dua kelip mata saja, modal saya hangus berlabakan arang! Dalam tersandar saya mula menyedari betapa perniagaan adalah bidang persaingan hebat yang memerlukan ilmu dan pengetahuan.

Saya mula membaca buku mengenai perniagaan dan asyik sekali mengikuti penerangan, taklimat dan bertanya pasal perniagaan. Ia menyeronokkan.

Kemudian saya keluarkan lagi modal untuk memulakan penerokaan dalam pelbagai aktiviti keusahawanan. Sekali lagi saya terpaku dan terhenti apabila melihat sesetengah perniagaan itu dihiasi kecantikan yang didalamnya adalah penipuan, riba dan transaksi yang dilarang ugama.

Justeru saya mula berhati – hati dan membelek kembali kitab hukum kontemporari yang membuka lembaran jawaban yang baik sekali untuk melihat kepada kesempurnaan perniagaan dalam Islam.

Saya terus mendaki. Saya mula mengecapi keuntungan dan keseronokan. Oleh kerana semuanya nampak manis, saya berniaga dalam pelbagai sektor walaupun pada skala yang kecil. Tetapi malang sekali, keuntungan dan keseronokan yang dikecapi itu kadang – kadang dengan mudahnya direntap dan disentak daripada kita.

Sifat khianat adalah musuh yang sukar diramal. Khianat sering berlaku dalam lingkungan kawan – kawan sendiri. Khianat lawannya amanah. Amanah tidak diberikan kecuali kepada orang terpercaya. Apabila dia mungkir, berlakulah pengkhianatan yang sukar ditelan. Tetapi anda terpaksa menelannya. Sebabnya ia sebahagian daripada dunia perniagaan. Bahkan dunia kehidupan.

Dunia perniagaan sepertilah dunia politik walaupun ia tidaklah seteruk politik dan ahli politik. Ia bukan kembar, tetapi adik – beradik yang banyak kesamaan. Ia penuh rintangan, kepalsuan dan keganasan.

Ramai yang enggan berpolitik, malah sesetengahnya langsung malas ambil pusing tentang politik. Alasannya politik itu kotor dan dipenuhi pengotor, bahkan mengotorkan persekitaran kehidupan yang bersih dan aman. Tetapi anda tahu, ia adalah sama seperti sikap seorang yang enggan menangkap pencuri dirumah jirannya kerana takut rumahnya dicuri pula.

Ramai, terutama orang Melayu yang enggan berniaga, malah sinis sekali dengan dunia perniagaan. Kerjanya mentertawakan kawan – kawannya yang jatuh dalam perniagaan dan berkata, “Itulah kamu, tak dengar cakap aku.” Lalu dia merasakan dia telah beruntung kerana tidak berniaga. Tetapi anda tahu, memiliki sekumpulan pemangsa seperti inilah yang akan melambatkan kemajuan bangsa dan umat.

Jika anda ingin berkuasa dan adil, anda terpaksa terjun politik. Jika tidak, andalah sebab al Aqsa terus dijajah Yahudi. Jika anda ingin kaya dan pemurah, anda terpaksa terjun ke dunia perniagaan. Jika tidak, andalah sebab umat mustadh’afin dan faqir di dunia Islam sanggup menukar ugama mereka demi sesuap nasi! Tidak anda menjadi jari jemari yang mematahkan ego penguasa, tidak pula anda menjadi jari jemari yang menyuapi umat yang kelaparan. Yang ada hanyalah angan – angan bahawa anda telah ada iman yang hebat di dada!

Justeru berpolitik dan berniaga adalah kemuliaan. Ia tidak pun kurang sedikit berbanding dunia pendidikan, islah, ibadah dan lain-lain. Bahkan, dunia politik menentang kemungkaran dan kezaliman pemerintah adalah kemuncak jihad di dunia Islam hari ini.

Tiada yang malang apabila anda dikhianati dalam perniagaan. Yang malang adalah mereka yang mengkhianati anda. Mereka menunda kekayaan mereka ke belakang sedang anda hanyalah menarik hela nafas panjang untuk membolot kekayaan yang lebih besar.

Di sebalik kepahitan terpaksa menelan sifat khianat sesama sendiri, anda akan dikurniai rasa agung dalam diri kerana telah dikurniai Allah dengan sifat amanah. Amanah anda teruji dalam perniagaan. Setiap ujian memberikan kepuasan dan keyakinan pada diri sendiri yang tiada tolak bandingnya.

Paling bagus, anda mengenali kawan – kawan yang amanah dan mula belajar mengecami wajah - wajah yang amanah. Apabila anda memiliki persekitaran amanah yang menyokong anda, sesungguhnya itulah kekayaan yang mendatangi anda daripada jalan yang tidak anda sangkakan. Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti Allah membukanya jalan keluar dan mengurniainya dengan rezeki yang tak terjangkakan. Ia seribu dinar dari bawah bantal amanah dan taqwa.

Sepertilah dalam politik, saya tidak patah untuk mendepani setiap kemungkaran daripada dalam dan luar. Saya berusaha untuk sentiasa dalam memburu sifat benar dan amanah. Kerana ia matlamat saya, sesungguhnya saya telah terdidik untuk menjadi berani dan bersedia. Apabila saya lemah dan letih, saya segera membuangnya daripada terus membebani diri.

Orang khianat biasanya membawa bersama sifat buruk yang lain. Bohong bila bercakap. Degil bila dinasihati. Memfitnah bila menjawab. Yang pasti, mungkir pada janji.

Mula – mula ia mungkir janji dengan anda. Kemudian dia tidak pun merasa bersalah untuk memungkiri janji mereka dengan Allah. Apabila ditanya, mereka menuduh, berdusta dan mendusta.

Saat mereka miskin dan terdesak, mereka berdoa, jika mereka dikurniai Allah dengan rezeki melimpah ruah, pasti mereka akan bersedekah sebanyak – banyaknya dan menjadi daripada kalangan hambaNya yang bersyukur. Tetapi apabila Allah mengurniai mereka apa yang mereka pinta, lalu mereka menjadi kaya dan kembung, tiba – tiba mereka menjadi bakhil dan kedekut (Maksud ayat al Quran). Dengan manusia mereka kedekut sampai hutang pun tak nak bayar, lantas dengan Allah pun mereka boleh kedekut dan mungkir.

Hujah mereka, ini semua usaha mereka. Titik peluh mereka. Cerdik mereka. Itulah aku, Akulah tu, sebab aku. Seribu ini aku yang usahakan. Seratus ribu ini pun aku. 700 ribu ini pun aku. Sejuta inipun aku. Anda bayangkan betapa jijiknya mereka diresapi sifat – sifat buruk dalam kehidupan.

Semalam saya membaca tulisan Dr Juanda Jaya, mufti negeri Perlis Indera Kayangan dalam sebuah akhbar harian. Beliau menyelar perniagaan yang menggunakan nama agama atau institusi keagamaan demi membuncitkan perut sendiri dan meninggalkan amanah dan janji. Saya membacanya dua kali. Saya terpana, sedih dan kecewa.

Saya menyokong tulisan beliau. Kerana itu, saya menulis untuk menyokongnya.

Kemudian saya mendapati sedih dan kecewa saya bukanlah untuk saya. Ia adalah untuk orang lain yang gagal menginsafi diri mereka dalam dunia perniagaan. Adapun saya, saya akan sentiasa bangkit dalam perjuangan. Anda pun tahu, saya hidup untuk memburu sifat amanah dan benar.

11:17 AM

(0) Comments

Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS

Wamli


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS.

"Saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

"Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya," kenyataan beliau dipetik.Menangani persoalan terbaru itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mengatur mesyuarat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu PAS pusat akan mengadakan satu sidang media jam 11 pagi ini bagi menyatakan pendirian terhadap desakan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz jumaat lalu membuat desakan itu dalam laman blognya sebagai memberi respon terhadap analis Penyarah Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr. Aziz Bari yang disiarkan dalam sebuah akhbar minggu lalu yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS Image

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

12:27 PM

(0) Comments

PAS CAWANGAN KG RAHMAT :JEMPUT BELAKE SEME

Wamli



PAS cawangan Kg Rahmat menjemput anada semua ke majlis Jamuan Hari Raya pada hari ini jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang...

Selamat datang kite beraye

10:15 AM

(0) Comments

PRK N31 :Keputusan Rasmi - Calon rasuah menang

Wamli

Mahathir :I dah kata dulu Jib, Isa calon rasuah mungkin menang tapi sementara je...tunggulah praya ke 13 nanti semua hancur...

Najib : Ta.. tapi itu salah dalam parti je det...bukan dari sudut undang2 negara...

Mahathir : Ikut pandai Jib lah...


Isa :Tengok.. saya dapat majoriti 5435 undi , no satu ...awak plak Zul dapat no 2... takpelah dapat juge...
Saya lama dah taruh duit tunggu PM umum tak salah je..pahtu ape lagi saya boleh beli SPR dan semua samseng untuk roboh khemah PR,kunci estet dll nak bagi menang...Bila menang saya akan lobi lawan Mat Asan plak... pastu tanding Timbalan Presiden nanti...Kan saya dulu menang no satu..Muhyidin dah jadi ayam no 3 masa tanding Naib Presiden dulu...Saya tahulah dulu Yidin dan Jib tak berani sekat saya jd calon Bagan Pinang tp upah Chedet pukul saya kata saya calon rasuah tak layak bertanding. Hah tengok semua orang sokong saya....
Lain kali jangan tapis tapis rasuah ke maksiat ke terima je asal menang... keh keh keh.
Eh! Ahmad Maslan gi kat mane tak nampak ni..Letih menoreh kut.. Aik? Kat Bagan Pinang mana ada pokok getah.Ooo kat hotel kut.....

Zul : Cakap nak cakap apa pun ... Ari ni saya nak bagi tahniah ke Abang Isa . Masa umum keputusan tadi saya tak sempat masuk dewan bukan ape dulu pun masa manek urai geng awak tak ade juga semua lari OK ah ... Lepas ni kita jumpa lagi.Saya nak siapkan post mortem dulu ngan kekawan PR (... ?? sepanjang PRK B Pinang mantap tak gandingan kita? Macam PAS bergerak sendiri je... Tak ah.. itu kesan SPR buang lambang dan bendera lah..bukan PAS buat kerja seorang.. tak gitu - pengarang )


Namun untuk sedapkan hati keputusan rasmi siri PRK Pasca 2008 ialah 7 - 2 .

Terima kasih kepada semua petugas.Perjuangan belum berakhir.Takbir 3x


1:09 PM

(0) Comments

Suasana pengundian berjalan lancar

Wamli

Suasana pengundian sehingga tengahari ini berjalan lancar.Bila ditanya keputusan yang bakal diumumkan pada jam 8.00 malam nanti, ada yang meramalkan keputusannya 60-40, sementara ada yang mengatakan 51-49,yang fanatik pula meramalkan 70-30.Sementara itu terdapat skuad yang membuat tinjauan rambang pada pagi hari pembuangan undi tadi yang mengatakan ada kejutan besar perubahan pengundi yang mengundi sehingga berakhir pada petang ini.

Apapun kita mengharapkan antara ramalan-ramalan di atas, jumlah yang besar berpihak kepada PR.InsyaAllah dengan berdoa dan bersolat hajat kita tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan muncul sehingga malam ini.

Dipetik dar Malaysiakini :

1.33pm :Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm :Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm :Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm :Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am: Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am :Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

10.20am: Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am
Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am
Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.


4:02 PM

(0) Comments

Melaka berpesta pingat lagi...

Wamli

Jumlah penerima bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Hari Jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, esok dilaporkan meningkat 38 peratus lagi tahun ini berbanding 758 penerima pada tahun lepas dengan MB Kudeta Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai senarai 1,230 penerima darjah bintang dan pingat kebesaran

Zambry menerima anugerah tertinggi Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama empat lagi penerima.

Daripada jumlah itu, 10 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Seramai 75 orang menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima DMSM ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mior Kamarul Shahid.

11:01 PM

(0) Comments

Fail lama - Amanat Hadi vs Amanat Hj Mahathir

Wamli


SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO, BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO.
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN.
KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH,
MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA.
OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA.
OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD,
DERMA KITA ADALAH JIHAD.
BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN (MENGHADAPI) PUAK-PUAK INI KERANA
KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI,
MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDHA, KITA TIDAK PERLU MASUK HINDU,
KITA TIDAK PERLU MASUK KERISTIAN,
TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN 'POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.


TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG
BANGGOL PERADONG, 1979


Apa yang dikatakan Amanat atau Fatwa itu ialah Ucapan Tuang Guru Haji Abdul
Hadi Awang ketika berceramah di Banggol Peradong pada tahun 1979, iaitu
kira-kira 30 tahun lalu.
Cuba bayangkan jika setiap ucapan daripada pimpinan PAS yang berceramah
dikatakan fatwa, agaknya beberapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan ?
Inilah bertapa sempitnya pemikiran pimpinan UMNO yang makin hari nampaknya
makin tersempit...
Kita juga mencabar Majlis Fatwa untuk membahaskan tentang ucapan ini
(pimpinan UMNO kata fatwa).
Jika kita boleh mengungkit ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, atas
alasan ucapan ini bercanggap dengan Islam, apa salahnya jika kita juga
membongkor ucapan-ucapan PM yang rasanya lebih sensasi.
Dr. Mahathir pernah berucap kepada anggota-anggota Barisan Nasional
sebahagian daripadanya adalah dari anggota-anggota MIC di Kuala Ketil.
Beliau menghuraikan tentang persoalan syahid.
Antaranya ialah beliau menyebut "Sayyidina! Hamzah Yang Gugur Di Uhud Tidak
Dimandikan Kerana Tidak Ada Air, Kerana Terkorban Di Tengah-Tengah Padang
Pasir"
Dr. Mahathir juga membuat ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, 24hb
Nov 1995 dan pada hari pergulungan Perhimpunan Agung UMNO, 20hb Jun 1999.
Antara dia menyebut "Selepas mengkaji dgn. teliti 600,000 hadith Bukhari
hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadith dan hanya menerima
4,000 ... tetapi tentulah banyak drpd. baki 296,000 yg. ditolak tidak shahih
dan mungkin ada hadith yg. diterima sebagai shahih tetapi tidak shahih"

...Bersambung... ( Audio 2 Amanat akan dimasukkan nanti - tunggu )