5:18 PM

(0) Comments

Alahai Noh Omar..... Isu maksum

Siapa yang maksum?



Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Noh Omar secara bodoh menyelar para pemimpin Pakatan Rakyat kerana dakwanya berlagak seperti maksum apabila menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pergolakan politik mutakhir ini.

Katanya, justeru beliau menuduh tanpa asas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan sama sekali meletakkan jawatan sekalipun jika didapati bersalah menyalahgunakan kuasa.

"Sebaliknya, dia (Khalid) bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan 'geng-geng' akan buat jelajah ke seluruh negara mempersalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu yang pertama.

"Kemudian dia akan kata ini semua perancangan Barisan Nasional (BN) dan SPRM ikut telunjuk BN serta UMNO semua yang salah, sebab orang pembangkang ini orang yang maksum, tidak ada salah langsung, moral tinggi-tinggi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebenarnya siapakah yang maksum sperti yang diadakwa Noh Omar di atas. Adakah beliau sendiri tidak menyedari bahawa berapa banyakkah laporan kepada SPRM yang hanya masuk tong sampah walaupun ianya penuh dan sarat dengan bukti yang kukuh.

Seingat saya semakin banyak laporan yang diserahkan kepada SPRM oleh pihak pakatan Rakyat . sebanyak itulah yang akan masuk tong sampah.

Sekadar mengambil contoh apa yang berlaku di Selangor sendiri. kalau dibincang secara Nasional nanti banyak sangat sehingga melibatkan Noh sendiri.

Mohd Taib sudah didapati bersalah membawa keluar wang ke Australia. Bila dilaporkan supaya diadakan siasatan dari manakah wang itu diambil sampai sekarang dia maksum seperti kata Noh.

Paling malang dia kembali disenaraikan dalam kabinet pak lah sehingga sekarang.

Kata seorang pengulas blog, kenyataan Noh Omar membuktikan orang UMNO bila berkata akan menyerlahkan kebodohan dan kejahilan untuk menegakkan benang basah. Mengapa PM tak letak jawatan, apabila terbukti ada skandal dgn Ananda, Najib dgn Altantuya, Ahmad Said dgn masalah anak, Noh dgn adik pengedar dadah, kalau nak tulis beratus mukasurat pun tak cukup.

Cukuplah Noh, lebih baik hang dulu letak jawatan atau duduk diam - diam, sudahlah.

Kata pengulas blog yang lain sila lihat laporan rasuah Khir Toyo pula lagi hebat dan betul-betul maksum seperti kata Noh. Laporan rasuah terhadapnya sampai puluhan lihat senarai laporan di bawah ;

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Selamat membaca

4:14 PM

(0) Comments

Menteri Pelajaran ‘keras kepala’ - Salahuddin

Wamli

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub kesal dengan sikap ‘keras kepala’ Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishamuddin Hussien yang masih mempertahankan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Sementara pada jam 10.00 pagi, Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

Sementara pada jam 10.00 pagi, Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

Ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam, Salahuddin menyatakan jawapan Hishamuddin yang terlalu mempertahankan PPSMI amatlah mengecewakan banyak pihak.

“Saya kesal dengan kenyataan Hishamuddin dan sikap beliau yang langsung tak dengar pandangan pelbagai pihak saya objektif dengan pandangan dan kajian Gapena, Perkasa dan tokoh-tokoh sasterawan negara A.Samad Said.

“Mereka ini dari segi perjuangan bangsa, kredibilitinya tak boleh dipertikai, tokoh ini melambangkan tingginya perjuangan bangsa Melayu,” katanya.

Namun kata Salahuddin, kenyataan Hishamuddin tadi langsung tidak hormati pandangan yang berkredibiliti dari pejuang bahasa terutamanya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Apa yang dilihat Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda Umno ‘keras kepala’ dan hanya pentingkan satu legasi yang ditinggalkan manusia (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang menghancurkan perjuangan bangsa di negara ini, katanya.

Mengulas mengenai sikap membisu beberapa wakil rakyat Umno berhubung isu PPSMI, Salahuddin berkata ‘mereka hanya berani berkokok dalam gelanggang sendiri’.

Sebaliknya di Dewan Rakyat mereka senyap dan langsung tidak menyatakan sikap, walhal mereka sebenarnya tidak suka dengan PPSMI, kata Salahuddin.

“Saya sebagai ahli Parlimen tetap akan ambil bahagian bincang dan membantah PPSMI termasuk melalui perbahasan di Dewan Rakyat, ini agenda penting dan ia agenda Pakatan Rakyat membela hak bangsa,” katanya.

Terdahulu sebelum ditemui Harakah, Salahuddin bersama pimpinan PAS termasuk Dato’ Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kait dan Kamarudzzaman Mohamad (Pemuda PAS Wilayah) bersama-sama angkatan GMP antaranya, Dato’ Hassan Ahmad; Ainun Mohammad; Abdullah Hassan; A.Samad Said dan profesor matematik, Dr Shahril Mohd Zain menyerahkan memorandum membantah PPSMI kepada Hishamuddin di Lobi Parlimenn pada jam 12.00.

Hishamuddin berjanji akan mengkaji memorandum itu, namun beberapa suara kalangan aktivis GMP yang hadir memperli Hishamuddin sama ada memorandum itu akan dikaji atau dibuang begitu sahaja.

Memorandum 12 halaman itu mengandungi kompilasi ringkasan hasil kajian beberapa ahli akademik tempatan berhubung pelaksanaan PPSMI diserahkan oleh pengerusi jawatankuasa induk GMP, Dato’ Hassan Ahmad di Lobi Parlimen.

Anwar yang hadir menemui kumpulan itu dan menerima memorandum di pertengahan sidang media mereka, berucap ringkas: “Saya harap semua ahli parlimen Pakatan Rakyat terus memperjuangkan perkara ini (pemansuhan PPSMI).”

Turut kelihatan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama Pakatan juga hadir memberikan sokongan kepada gerakan itu.

Melihat sokongan itu, Dr Hassan secara berseloroh berkata: “Tak nampak pula orang-orang Umno.”

Dalam sidang media di parlimen, Dr Hassan bagaimanapun berkata, tidak akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen, sebaliknya akan memberikan kepada “yang terpilih dan ketua-ketua sahaja”.

Difailkan dalam: ADR Kubang Kerian

5:08 PM

(0) Comments

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini - Mohd Sayuti Omar

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras ken’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.


Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

http://msomelayu.blogspot.com/.

8:43 PM

(0) Comments

Isu derhaka: Umno dicabar bertindak ke atas Anuar Musa, PM Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan. - lanh _

8:30 PM

(0) Comments

Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

"Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.

Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi.

"Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

"Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, berlainan dengan situasi di Kelantan kerana rakyat sudah masak dengan tekanan Umno dan BN sejak sekian lama sehingga pernah berlaku perisitwa Mageran pada 1977.

Kata beliau kerana rakyat masak dengan ugutan BN maka pada pilihan raya umum lalu parti itu sekarang hanya tinggal enam kerusi Dun berbanding sebelum ini 22 kerusi.

Petang semalam Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan Arumugam meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta melalui suratnya bertarikh 8 Februari 2009.

Bekas Adun terbabit melalui surat akuan bersumpah juga menjelaskan menerima ugutan sejak memenangi Dun Bukit Selambau pada pilihan raya umum lalu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju sekiranya Dato' Seri Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang memandangkan dua tugas serentak begitu berat hendak dipikul.

Menurut beliau sekiranya wakil rakyat biasa memikul dua amanah serentak sama ada di peringkat Dun dan Parlimen, ia tiada masalah.

"Tetapi sekiranya seorang Menteri Besar turut memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di peringkat Parlimen memang berat," katanya.

Anggota Parlimen PAS Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung tengahari semalam. - mj _

8:53 PM

(0) Comments

Wacana minggu ini - ISU MOHON SEMBAH DERHAKA

Memohon Sembah Derhaka 1

Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.

Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu "menyembah mohon derhaka," satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup dizaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja?Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh "menyembah mohon derhaka".

Memohon Sembah Derhaka 2

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanannya Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada pax Malacca satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa system perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.

Suatu ketika dahulu satu generasi muda mengagung-agungkan penderhakaan Hang Jebat yang berakhir kepada porak peranda di Melaka. Jika kita ingin mengambil perbanding dengan dinamika pergelutan politik dan sosial dizaman Revolusi Perancis kita boleh mengolongkan Hang Jebat sebagai seorang Jacobin, golongan radikal dalam revolusi tersebut yang idealismenya dinodai oleh Reign of Terror yang mereka hasilkan.

Revolusi Perancis selain dari satu pemberontakan sosial dan politik untuk menggantikan rejim lama, Ancien Regime, juga satu revolusi yang didorong oleh idea-idea dari Pencerahan Eropah Benua. Dalam kemelut yang dihasilkan oleh revolusi tersebut berlaku satu perdebatan agong intelektual, antara Edmund Burke dengan Thomas Paine.

Edmund Burke adalah seorang reformis yang amat sedar dengan pemerintahan kuku besi sistem raja multlak. L’etat cest moi-Beta adalah Negara, kata raja Perancis Louis XIV. Maka apabila rakyat bangun menuntut perubahan dan keadilan Edmud Burke pada mulanya mengalu-alukan perkembangan di Perancis tersebut. Tetapi apabila beliau mula melihat revolusi itu telah menghasilkan kekacauan dan terdapat segolong elit England yang ingin memproposikan revolusi tersebut maka dia mengangkat pena dan menulis karya agong Reflections on the Revolution in France. Renungan itu disambut dan disanggah oleh Thomas Paine The Rights of Man yang juga satu karya besar.

Sumber: khalidjaafar.org

10:23 PM

(0) Comments

Perutusan Menteri Besar Perak

Kekalutan yang berlaku menyebabkan fakta sebenar tenggelam,berikut disiarkan sekali lagi kenyataan atau perutusan dari YAB Nizar pada 7 Feb 2009 selepas angkat sumpah "MB Haram"



BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan- Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

1. pembubaran Dewan Undangan Negeri.
2. undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
3. saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

3:56 PM

(0) Comments

BN bagai lanun rampas kerajaan Perak, tidak hormati perlembagaan negeri - Husam


KUALA LUMPUR, 7 Feb (Hrkh) - Lanun adalah sejenis kumpulan manusia yang tidak mengikuti undang-undang dan mana- mana pihak yang tidak mengikuti undang-undang pada asasnya mereka adalah lanun.

Rampasan kuasa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa pimpinan Umno-BN termasuk dalam golongan lanun kerana tidak menghormati dan mengikuti Perlembagaan negeri Perak.Demikian menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa ketika ditemui selepas merasmikan seminar Kebajikan Nasional anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, di Taman Melewar.

Beliau menegaskan, Umno-BN tahu bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak perlu ada undinya tidak percaya barulah kerusi Menteri Besar kosong dan pimpinan Umno-BN boleh mengangkat sumpah.

Katanya, mereka mengambil orang yang dituduh terlibat dengan rasuah sebagai orang yang menyokong pembentukan kerajaan (BN) sebagai tekanan dan cara yang mereka lakukan betul-betul lanun.

"Lanun ini tidak ada hati perut dan tidak ada undang-undang dan Adun Pakatan Rakyat adalah wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, jadi kalau orang itu ada hati perut mereka tidak akan buat kerja seperti ini kerana ia melukakan perasaan rakyat," tegasnya.

Tetapi kata beliau Umno-BN merupakan lanun tidak ada hati perut jadi mereka tidak peduli perasaan rakyat.

Beliau turut berharap rakyat di negeri Perak terus mendesak Sultan Perak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang masih sah dikuasai Pakatan Rakyat.

Katanya, bantahan itu perlu berterusan jika tidak Malaysia tidak mempunyai kedaulatan undang-undang dan rakyat perlu pertahankan kedaulatan undang-undang.

"Kita mahu pertahankan kedaulatan undang-undang dan Menteri Besar, Dato' Nizar Jamaluddin adalah lambang mempertahankan kedaulatan undang-undang," jelasnya.

3:27 PM

(0) Comments

Nizar pengerusi "mesyuarat khas Exco"


Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:

bullet button tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,

bullet buttonmenghidupkan semula lapangan terbang Ipoh untuk pesawat tambang murah bagi menggalakkan pelaburan,

bullet button kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia, dan

bullet button seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat - sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini - akan terus menjalankan tugas mereka.

Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan.
Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa.

Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya.

Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat - tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut.

Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya:

bullet buttonAngkatan Muda PKR Ipoh Barat membuat aduan polis sebagai tindak balas terhadap laporan Pemuda Umno berhubung akuan berkanun ketua bahagiannya Fauzi Mamat yang mendakwa timbalan perdana menteri cuba menyogok RM50 juta dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak.

Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.

bullet buttonSembilan yang ditangkap polis dalam perhimpunan besar depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam bagi membantah pelantikan Dr Zambry ditahan reman sehingga esok.

11:12 AM

(0) Comments

Tenangnya Nizar, sebakkan dada - Ikuti catatan Azamin Ali semasa saat-saat getir BN merampas Perak

Azamin Amin
Fri | Feb 06, 09 | 9:33:20 am MYT


Image

4 Februari, Rabu

Tiada ungkapan terbaik melainkan kekaguman dan tersentuh jiwa tatkala melihat Nizar Jamaluddin yang begitu tenang dengan kalimah yang tersusun biarpun di kala menghadapi saat-saat penuh getir tika kerajaan BN dan Umno cuba merampas kembali Perak dengan cara tidak berakhlak.

Hari di mana seorang Adun DAP mengisyhtiharkan bebas, Adun Bota kembali ke Umno dan dua Adun KeADILan juga menjadi berpaling tadah manakala Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dengan lagak angkuh mengisyhtiharkan Perak dikuasai BN tanpa mendapat perkenan terlebih dahulu daripada Paduka Seri Sultan Perak, Raja Azlan Shah.

Dalam kegawatan itu, Nizar bertemu pemerintah adil, Raja Azlan untuk memaklumkan situasi yang dicipta oleh Umno ke atas kerajaan Perak dan selepas itu Menteri Besar itu dengan senyuman dan raut wajah yang tenang, menyatakan bahawa Tuanku Raja Azlan Shah memetik baris ayat yang cukup indah kepadanya.

"Inna-Allah ha ma'a sobirin" titah baginda kepada Nizar yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'.

"Rakyat bertenang dan jangan bimbang, saya masih lagi Menteri Besar Perak dan menjalankan urusan harian dan pentadbiran negeri seperti biasa.Bahkan saya akan menghadiri majlis-majlis rasmi sambutan Jublki Perak Pemerintahan Tuanku selama 25 tahun," ujar Nizar kepada saya dan para wartawan yang menghimpitnya sejurus selepas selesai mesyuarat PAS di Pejabat Perhubungan PAS Perak jam 7.40 malam.

"Insya-Allah. Keputusan kini di tangan Tuanku dan saya percaya keputusan Tuanku adalah yang adil," demikian ucapan 'penutup' beliau selepas seharian melalui hari penuh mencabar dan genting.

Sebelum itu, ketika saya menunggu di pintu pejabat, Nizar walaupun di susuknya terpancar keletihan sempat menyapa saya yang terpingga-pinga menanti kehadirannya.

"Hah... masih di sini lagi?" tanya beliau tersenyum dan menyua tangan untuk bersalaman dengan saya yang agak gamam.Ya, kali terakhir bertemu beliau di kediaman rasmi Menteri Besar tahun lalu bagi mendapat gambaran kehidupan peribadi bersama keluarganya tercinta yang dirakamkan dalam artikel Harakah bertajuk:'Siapa Sangka Nizar jadi MB...'

Dulu, kini tidak berubah. Masih dengan suara lantang, kemas ayat dan tersusun bicaranya. Yang paling menyebakkan dada, ialah ketenangannya sebagai seorang pemimpin biarpun dilanda 'badai' menghempas dan 'api' marak mencabar.

Sebelum pulang, beliau sempat meminta maaf kepada para wartawan yang terpaksa seharian 'mengejarnya', menunggu dan terpaksa berhujan untuk mendapat jawapan daripadanya yang ketika itu berada di Istana Kinta.

"Saya minta maaflah kepada anda kerana terpaksa berhujan menunggu saya di luar istana. Saya percaya anda semua keletihan." katanya lantas meminta diri untuk solat Magrib.

ImageWartawan khususnya media alternatif, petugas PAS dan penyokong yang sudah berada di sekitar pejabat yang semakin ramai kelihatan ceria mendengar penjelasan Nizar.

Suasana pekarangan pejabat cukup meriah dengan kehadiran pelbagai pihak dan individu.Orang ramai yang muncul entah dari mana memenuhi sekitar pejabat PAS. Ada yang berkopiah, berbaju biasa. Berpakaian 'rugged' pun ada.Tidak lupa orang Cina dan India yang datang, masing-masing mahu mendapat jawapan tepat situasi sebenar.

Pegawai Khas Menteri Besar Idham Lim membawa beberapa kampit beras untuk bekalan kepada pejabat PAS manakala tiba sebuah van 'catering' membawa makanan, lauk kari ayam dan sayur campur untuk dijamu kepada semua yang hadir tak kira siapa.

Kemudian tiba sepasukan 'Tentera Merah' Unit Amal Perak yang mula setia berkawal termasuk di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar.Suasana sebenarnya aman. Tiada perhimpunan atau situasi huru-hara, dan tiada kawalan keselamtan oleh FRU atau anggota polis di Bangunan Kerajaan seperti digembar-gemburkan pihak tidak bertanggunjawab.

SMS bertubi-tubi dan panggilan rakan taulan, pimpinan PAS dan kaum keluarga kebanyakannya tidak dapat saya layani.Maafkan saya...

Ketika itu saya sibuk berurusan dengan Ketua Pengarang Kumpulan Ahmad Lutfi Othman, penyunting Mohd Khalil dan Ketua IT Harakah Hirman Firdaus bagi memaklumkan perkembangan terkini untuk di siarkan sebagai berita terkini di Harakahdaily.

Sedang menjamu selera, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin menghubungi saya untuk memberitahu kepada semua penyokong PAS, Pakatan Rakyat dan penduduk Perak melalui berita siaran Harakahdaily supaya bertenang dan tidak percaya kepada propaganda jahat untuk mencetuskan suasana huru-hara.

Selesai segala urusan, lewat malam saya pulang ke Kuala Lumpur dengan mendapat suntikan semangat setelah melihat watak dan karisma yang ditonjolkan oleh seorang pemimpin Islam dan pentadbir negeri Nizar Jmaluddin yang dikagumi masyarakat dan rakyat yang bersimpati dan menyatakan sokongan tanpa belah bahagi.

Hari sebelumnya 3 Februari- Selasa

Tiba di Taiping jam 2.00 pagi dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk mendapat laporan terkini di mana di situ diadakan Mesyuarat Lajnah Politik PAS yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS dan Exco negeri yang diadakan jam 10 malam.

ImageSelepas solat subuh pagi yang sama, saya melintasi kawasan Changkat Jering untuk mendapat laporan terkini suasana sekitar dan tinjaun umum.Ketika di sana saya menemui beberapa orang penduduk di Jalan Air Kuning, mereka kini menanti kepulangan Adun untuk mendapat penjelasan kenapa bersikap membelakangkan pengundi di situ dan tidak 'turun' kawasan sejak sekian lama.

Saya juga sempat 'mencuri' dengar perbualan tiga lelaki di sebuah warung di Simpang Taiping, dan teruja dengan idea unik dan 'sarkastik' mereka bahawa mahu meraikan kepulangan Adun mereka dengan kasut!

Sama seperti tindakan wartawan Iraq kepada Presiden Amerika George W. Bush yang telah 'merosakkan' kestabilan negara tersebut.

Selain itu, bergegas saya bertemu dua Yang Dipertua PAS iaitu dari kawasan Bukit Gantang Ustaz Mohammad Nordin Jaafar dan Yang DiPertua kawasan Taping Bandar Haji Abdul Halim Aziz seorang bekas Pengetua sekolah asrama penuh untuk meninjau perkembangan 'grass-root' dan rakyat kebanyakan tentang situasi yang berlaku.

Kata mereka, pengundi di sini sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Perak supaya bakal pemimpin yang dipilih nanti terbukti bersih dan tidak sibuk dengan agenda 'lompat' parti.

"Kerana mereka tamakkan kuasa dan wang, harapan dan nasib rakyat tidak diambil peduli lagi," kata sesama mereka.

Menjelang tengah hari, saya menemui pula seorang aktivis Pakatan Rakyat di Taman Simpang, Taiping yang sedang uzur kerana ditimpa kemalangan menyebabkan beliau terlantar di biliknya. Rupanya Kejadian 'dilarikan' atau 'disembunyikan' oleh Umno bukanlah fenomena yang mengejutkan bahkan ianya insiden yang telah awal berlaku tertuma sebaik sahaja mahu menubuhkan kerajaan negeri.

Demikian diceritakan kembali aktivis tersebut yang beberapa kali pernah berjumpa dengan Adun Changkat Jering Osman Jalu.

"Ini bukan kejadian pertama. Sejak 8 Mac, dia telah 'dilarikan' oleh pihak tertentu banyak kali dan dia juga ada beritahu khuatir dengan pelbagai ancaman. Dia sendiri pernah jelaskan kepada pengundi di sini di masjid dan di ceramah bahawa beliau tak akan akan melakukan rasuah atau berpaling tadah," katanya.

ImageAdakalanya sukar untuk menemubual penduduk dan aktivis PAS kawasan melainkan diperkenalkan dengan kad pas media malah ada antaranya terlebih dahulu mahu mendapat pengesahan (clearance) pihak-pihak yang tertentu dalam parti bahawa yang mewawancara mereka adalah yang sah 'Azamin Amin' dan bukanlah satu bentuk penyamaran di kalangan Umno ataupun pasukan keselamatan.

Sebelah petang sedang saya menyiarkan berita-berita eksklusif, saya dihubungi seorang 'informer' mendedahkan watak sebenar siapa Jamaluddin Mohd Radzi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang yang 'menikam' belakang itu.

Katanya Jamaluddinlah dalang yang menyebarkan dan menjaja dakyah Nizar merupakan Menteri Besar 'boneka DAP' dan 'boneka Cina' sejak penubuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan.

"Ketika hilang, dia menghubungi beberapa Adun KeADILan untuk turut serta bersamanya dan kini kita sedang memantau pergerakan itu manakala Osman walaupun pada asasnya dia ok, dia seorang yang tiada pendirian. Dia adalah orang Jamaluddin dan hanya mengikut sahaja," katanya.

Selesai mendapat bahan itu, saya pun siarkan di Harakahdaily dan kemudian berangkat ke bandar Taiping untuk menunaikan solat Maghrib di salah sebuh masjid di sini.

Solat hajat selamatkan Perak

Wah!Hebat! Getus hati saya tatkala melihat lebih 700 orang mendengar kuliah seorang pendakwah bebas yang saya kira sukar dilihat pemandangan itu di masjid bandar-bandar lain. Ianya bukan markas atau ceramah PAS. Selesai solat Isyak, mereka kemudiannya menunaikan solat hajat 'Selamatkan Kerajaan Negeri Perak dan lindungi penduduk Gaza.'

Mata cukup-cukup mengantuk, apatah lagi badan sudah ketar akibat tidur tidak cukup dan makan tak menentu. Jangan manjakan sangat, bisik hati saya sambil mengenangkan penderitaan orang yang lebih parah lagi kehidupannya seperti di Mindanao, Filipina dan Gaza, Palestin.

"Bagaimana nak makan dan tidur, jika santapan mereka ialah dentuman bom dan letusan peluru bertalu-talu," kata hati insaf.

ImageSaya kemudiannya menyiapkan bahan-bahan itu sehingga jam 3.00 pagi sekaligus menyiarkannya melalui Harakahdaily namun keesokan harinya jam 10.00 pagi saya diminta unuk 'menghilangkan' berita-berita itu kerana dianggap 'bahaya' dan berisiko tinggi.Ketika itu saya sedang memandu ke Ipoh semula.

Walaupun penat namun saya faham para pimpinan PAS dan Harakah sentiasa memerhati pergerakan dan 'melindung' saya daripada ancaman bahaya termasuk kepada penyokong-penyokong perjuangan Islam. Niat saya menyiarkan berita bukan untuk mendedahkan kepada ancaman bahaya, tetapi mahu meraikan perjuangan Islam dan menyuntik semangat pendokong baik kepada rakyat bawahan mahupun pemimpin atasan. Segala keterlanjuran harap dimaafi.

Ya, kini saya tinggalkan bandar Taiping dengan segera, mana tahu ada pihak-pihak yang mengekori.

Saya tidak sempat untuk singgah ke kawasan Behrang untuk meninjau bahan eksklusif daripada sana kerana kesuntukan masa. Mungkin di lain ketika, saya akan menyelinap sekali lagi ke pelusuk kampung untuk mendengar kisah masalah displin di tempat kerja Jamaluddin sebelum ini, sehingga berhenti dan menyertai poltik dan kemudiannya berpaling tadah sampai ada yang mengatakannya berkualiti rendah!

Sama ada yang dimaksudkan itu ialah kasut, minda atau rasuah...walllahualam, kita tunggu dan lihat. Takbir! - azm

10:47 AM

(0) Comments

Yang menang ialah rakyat negeri Perak.



PERLUMBAAN untuk menguasai politik di negeri Perak antara BN dan PR sedang rancak berlangsung yang mungkin akan diketahui kesudahannya tidak berapa lama lagi.
Apa pun saya melihat persaingan sengit antara BN dan PR yang boleh dikatakan hampir seimbang bilangan ADUN mereka itu boleh membawa keuntungan kepada rakyat di negeri Perak sendiri.

Dalam kedudukan antara parti pemerintah dan parti pembakang berada dalam keadaan seimbang, tentunya pihak yang menang tidak akan dapat berbuat sewenang-wenangnya kepada rakyat negeri Perak.Walaupun parti BN dapat menguasai Perak semula, sudah pasti cara pemerintahannya tidak akan sama seperti mereka memerintah sebelum ini.

Walaupun parti BN dapat menguasai Perak semula, sudah pasti cara pemerintahannya tidak akan sama seperti mereka memerintah sebelum ini.
Yang pastinya rakyat akan dilayan seperti raja untuk memastikan mereka terus mengundi BN pada masa-masa akan datang. Undi rakyat adalah undi keramat yang akan menentukan turun naiknya sesebuah kerajaan.

Amalan kuasa politik dapat memperkayakan pemimpin dan kroninya tentunya tidak boleh berlaku di Perak, sebaliknya kita bakal melihat rakyat Perak lah yang akan akan dikayakan.

Kepada Menteri Besar Perak, Mohd Nizar walaupun ada kemungkinan beliau akan kehilangan jawatan itu, kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik dan adil. Beliau menjadi MB yang disenangi oleh semua kaum walaupun belum sampaisetahun memegang jawatan itu.

Diharap penyokong-penyokong beliau tidak akan melakukan tindak-tindakan bodoh yang emosional dan tidak matang. Hindarkan dari melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan usah melayan provokasi dari pihak lawan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.
Perak adalah satu negeri berbilang kaum yang kompisisi kaum Melayu, Cina dan India yang begitu ketara. Hindarkan kemelut politik ini dari merebak menjadi pertelingkahan kaum. Oleh itu kemelut politik yang berlaku ini hendaklah ditangani secara matang, biarlah diselesaikan secara aman melalui saluran undang-undang dan saluran politk.
Dunia masih belum kiamat, banyak lagi pilihanraya yang akan kita hadapi. Biarkanlah rakyat menghukum pemimpin yang durjana dan pengkhianat rakyat melalui peti undi.
Dalam masa yang sama, pastikan kita terus menerus memperjuangkan kebebasan badan perundangan, kebebasan media, kebebasan SPR , kebebasan polis dan badan pencegah rasuah, selari dengan amalan demokrasi. Kerana dengan ini sajalah kita dapat menjamin pilihan melalui peti undi itu adalah mencerminkan pilihan rakyat yang sebenar.

Alias bin Mohd Yusof
Personal Blog: http://aliasmohdyusof.blogspot.com/

7:55 PM

(0) Comments

Surat MB Perak kepada Tuanku Sultan Perak





Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

Merafa' sembah memaklumkan perkembangan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adunberkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

2:34 PM

(0) Comments

Perutusan Mursyidul Am PAS tentang isu Perak



RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

2:02 PM

(0) Comments

Perak kini - Dua keping Gambar beribu makna.....Lihat di bawah cuba tafsir

Wamli



Semalam sebelum mengadap Tuanku Sultan Perak..cerianye




Hari ini selepas dua kali mengadap.....beberapa muka nampak tak ok je..


Mari kita sama-sama fikir sebelum Tuanku Sultan Perak memberi keputusan kedudukan kerajaan Pakatan Perak.Jika dipetik berita dari YB Idham Lim melalui blognya cina islam, besar kemungkinan Dun Perak dibubarkan.....

Berdoalah....

2:00 PM

(0) Comments

Kes 2 Adun Perak: Antara patung KeADILan dan patung Umno Mohamed Hanipa Maidin

Thu | Feb 05, 09 | 1:09:20 pm MYT

Peletakan jawatan dua Adun Perak iaitu Adun Behrang dan Adun Changkat Jering kini menjadi isu yang panas.

Kedudukan dua kerusi Dun itu menimbulkan tanda tanya apabila Speaker Dun Perak, V Sivakumar mengeluarkan kenyataan media bahawa Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu telah menghantar surat perletakan jawatan. Bagaimanapun, tidak sampai tiga jam selepas itu, Jamaluddin dan Mohd Osman menafikan sekeras-kerasnya mereka berbuat demikian. Sivakumar telah pun menyerahkan surat rasmi memaklumkan kekosongan kerusi Dun Behrang dan Dun Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah.

SPR memutuskan bahawa surat peletakan jawatan tersebut ada keraguan dan memutuskan kerusi kedua-dua Dun tersebut adalah kekal. Bagi saya tindakan SPR adalah tidak sah. Saya nampak tujuan SPR membuat keputusan tersebut lebih kepada memindahkan beban membukti peletakan jawatan itu sah kepada pihak Speaker dan Kerajaan Negeri Perak.

Dengan lain perkataan kini bukan kedua-dua Adun tersebut yang perlu membuktikan bahawa peletakan mereka tidak sah sebaliknya pihak Speaker dan Kerajaan Negeri Perak pula kena buktikan yang perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut sebagai tidak sah. Dengan tiada keperluan mengadakan pilihan raya kecil kini tiada halangan bagi kedua-dua Adun tersebut untuk 'membelot' dan melompat menyertai Umno.�

Para pembaca, saya percaya, ingin tahu adakah peletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut adalah sah di sisi undang-undang?

Pertamanya mari kita dengar terlebih dahulu daripada mereka yang mengatakan peletakan jawatan tersebut tidak sah. Hujah mereka bersandarkan kepada alasan-alasan berikut:-

a. Surat yang mendakwa mereka meletakkan jawatan itu sebenarnya surat lama tanpa tarikh. Mereka dan lima lagi Adun KeADIlan lain menandatangani surat itu pada Mac tahun lalu sebaik sahaja pakatan PAS, DAP dan KeADILan membentuk kerajaan di negeri Perak. Seseorang Adun tidak seharusnya memberikan mana-mana pihak surat peletakan jawatan apabila ia dipilih sebagai wakil rakyat. Orang yang dipilih oleh rakyat mesti diberikan kebebasan untuk bertindak (freedom to act). Beliau tidak boleh disekat untuk mencabar apabila ada pihak menyerahkan surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh mengikut sesuka hati pihak tersebut.

b. Terdapat keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 1982 di dalam kes antara ahli parti Sarawak United People's Party (SUPP) Dato' Ong Kee Hui lawan� Presiden SUPP iaitu Sinyium anak Mutit yang memutuskan mana-mana 'arrangement' menyerahkan surat peletakan jawatan seorang wakil rakyat kepada Speaker adalah bertentangan dengan polisi awam dan dengan itu ia adalah tidak sah.

Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- "The candidate so chosen must also be free to act according to the best of his ability and his judgment and should not be subjected to the dictates of others. Therefore, any rule or contract with or without consideration which contravenes this freedom strikes at the very root of representative government and is therefore void and also against the public policy."

(Terjemahan: mana-mana calon mestilah diberi kebebasan untuk bertindak mengikut kemampuan dan perkiraannya sendiri tanpa tertakluk kepada arahan orang lain. Oleh itu sebarang peraturan atau kontrak tanpa sebarang balasan adalah bertentangan dengan kebebasan ini. Oleh itu ia melanggar asas kerajaan yang diwakili dan dengan itu ia adalah tidak sah kerana bertentangan dengan dasar awam.

Secara ringkasnya mereka yang menyatakan bahawa perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut adalah tidak sah berhujah di atas asas kerana ia dikatakan melanggar prinsip kebebasan kedua-dua Adun tersebut. Peguam Dato' Muhammad Shafee Abdullah berkata tindakan meminta kedua-dua Adun tersebut menandatangani surat peletakan jawatan tanpa mengandungi tarikh menjadikan kedua-dua Adun tersebut sebagai patung (puppet) yang talinya ditarik oleh parti-parti politik (whose strings are being pulled by respective political parties).

Saya berpendapat peletakan jawatan tersebut adalah sah. Hujah saya adalah seperti berikut:-

a. Di dalam kita menentukan sama ada peletakan jawatan tersebut adalah sah atau tidak adalah dengan pertamanya kita melihat peruntukan Perlembagaan Negeri Perak mengenai peletakan jawatan seseorang Adun. Saya sempat melihat peruntukan tersebut. Ia terkandung di dalam Perkara xxxv Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas memperuntukkan bahawa seseorang Adun tersebut boleh meletakkan jawatan sebagai Adun dengan menulis surat yang dialamatakan kepada Speaker.

b. Berdasarkan Perkara xxxv Perlembagaan Negeri Perak apa yang penting adalah terdapat surat peletakan jawatan dan surat perletakan jawatan tersebut dialamatkan kepada Speaker. Di dalam kes kedua-dua Adun ini adalah jelas terdapat surat yang mengandungi tandatangan kedua-dua Adun tersebut dan surat tersebut telah dialamatkan kepada Speaker. Atas dasar ini surat peletakan jawatan tersebut adalah memadai dan sah kerana ia memenuhi peruntukan xxxv Perlembagaan Negeri Perak.

c. Daripada apa yang dilaporkan di akhbar, kedua-dua Adun tersebut tidak menafikan ada menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun tetapi mempersoalkan keesahannya kerana surat tersebut tidak bertarikh dan kononnya tandatangan dibuat secara paksa. Saya berpendapat, hujah ini amat rapuh kerana jika dilihat kepada peruntukkan xxxv tidak mensyaratkan tentang keperluan adanya tarikh dalam surat peletakaan jawatan tersebut. Tentang tandatangan dibuat secara paksa saya juga berpendapat ia satu hujah 'afterthought' (datang kemudian). Kenapa sejak daripada awal kedua-dua Adun tersebut tidak membangkitkan hal dipaksa tersebut. Kenapa semasa mereka disuruh tandatangan surat tersebut sebelum mereka mengangkat sumpah menjadi exco dahulu mereka tidak pernah sama sekali membangkitkan bahawa mereka dipaksa tandatangan surat tersebut.

d. Di dalam menilai sama ada surat peletakan jawatan tersebut sah atau tidak kita perlu melihat dan mengambil kira sama ada kedua-dua calon tersebut bertanding atas tiket calon bebas atau atas tiket parti politik tertentu. Jika mereka bertanding atas tiket calon bebas, jelas tidak ada pihak boleh memaksa mereka menandatangani surat peletakan jawatan. Bagaimanapun apabila mereka bertanding atas tiket partai tertentu seperti apa yang berlaku sekarang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Mereka kena faham bahawa rakyat mengundi bukan atas peribadi mereka tetapi kerana parti yang mereka bertanding. Oleh itu segala tindakan mereka tidak bebas seperti bebasnya seorang calon bebas. Mereka kini mewakili parti yang mereka bertanding. Oleh itu jika parti mengarahkan mereka tandatangani surat peletakan jawatan ianya tidak boleh dilihat sebagai satu tindakan memaksa. Tiada siapa paksa mereka bertanding atas tiket KeADILan kecuali dengan kehendak mereka sendiri.

Mereka menang dan dipilih bukan kerana kehebatan mereka tetapi kerana parti politik yang mereka dukung. Adalah tidak logik dan munasabah semasa mereka menang mereka tidak menimbulkan mereka dipaksa oleh KeADILan tetapi apabila mereka mula 'menghilang diri' dan dipercayai mempunyai sebab untuk membelot kini mereka membangkitkan pulu isu mereka dipaksa untuk meletak jawatan?

e. Saya bersetuju dengan hujah Muhammad Shafee yang menyatakan tindakan meminta kedua-dua Adun tersebut menandatangani surat peletakan jawatan tanpa mengandungi tarikh menjadikan kedua-dua Adun tersebut sebagai patung (puppet) yang talinya ditarik oleh KeADILan. Bagaimanapun tidakkah Shafie juga melihat tindakan kedua-dua Adun tersebut yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dihubungi oleh pimpinan parti mereka dan juga Menteri Besar Perak sendiri menunjukkan ada pihak lain selain KeADILan yang juga sedang menjadikan kedua-dua Adun ini sebagai patung 'baru' yang mungkin lebih mahal - siapa tahu mungkin patung baru ini kini bernilai RM50 juta! - lanh _

11:09 AM

(0) Comments

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih sah, Nizar masih MB - Pengamal Undang-undang

Susulan kemelut politik yang berlaku di Perak berikutan empat Adun berpaling tadah menyokong Barisan Nasional, Pengamal Undang-undang, Abdullah Abdul Karim menegaskan kerajaan negeri masih sah dipegang Pakatan Rakyat.

Ketika dihubungi pagi tadi, peguam tersebut menyatakan selagi Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengumumkan sebarang keputusan samada memperkenan pembubaran Dun atau sebaliknya, kerajaan negeri yang ada masih sah.

"Selagi Sultan tidak membuat keputusan, kerajaan yang ada masih sah.Apa yang dibuat BN yang mendakwa memiliki majoriti membentuk kerajaan tidak boleh menggugat apa-apa," katanya.

Sebaliknya jika Sultan memperkenankan pembubaran Dun, satu pilihan raya kecil akan diadakan, katanya.

"Kuasa Sultan sahaja yang boleh menentukan samada kerajaan negeri yang baru boleh dibentuk.Jadi pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa mereka memiliki majoriti tidak mendatangkan.

Sebaliknya pembentukan boleh dibuat dengan Sultan memberi perkenan kepada pelantikan Menteri Besar yang baru dari kalangan anggota yang dipercayai baginda mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota dewan, katanya.

Sementara itu Pensyarah Undang-undang,Dr Shad Saleem Faruqi dalam satu ulasannya menyatakan kerajaan negeri yang ada hari ini masih sah.

Ini kerana katanya, Sultan masih belum membuat keputusan berhubung memperkenan cadangan Menteri Besar Perak berhubung pembubaran Dun.

Meskipun BN mendakwa memiliki majoriti bagi membentuk kerajaan, namun Menteri Besar yang ada hari ini masih sah selagi Sultan tidak memanggil mana-mana Adun untuk membentuk kerajaan baru, katanya.

"MB yang ada hari ini masih sah memegang kuasa," tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berkata tiada sebab bagi beliau untuk meletakkan jawatan seperti yang disarankan oleh Pengerusi BN Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau masih menjadi ketua kerajaan negeri sehinggalah Sultan Perak membubarkan dewan undangan negeri.

Ataupun, katanya, BN perlu mengemukakan undi tidak percaya terhadapnya untuk memaksa beliau meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh malam tadi, Mohd Nizar berkata saranan Najib yang juga timbalan perdana menteri itu, tidak mencerminkan apa yang terkandung dalam perlembagaan negeri Perak.

Menurut perlembagaan Perak, kata Mohd Nizar, Pakatan masih merupakan sebuah kerajaan yang sah kecuali dewan undangan negeri bersidang untuk meluluskan undi tidak percaya atau jika kerajaan Pakatan meletak jawatan.

Beliau mengingatkan bahawa proses menukar kerajaan "tidak sama seperti menukar 'arung kopi".

Mohd Nizar juga membidas Najib kerana didakwanya cuba mengambil alih kuasa di Perak melalui cara yang tidak sah.

Sebaliknya, kata beliau, Najib hanya mahu menakut-nakut rakyat dan melakukan sesuatu tanpa menghormati perlembagaan. _

10:20 AM

(0) Comments

Perhimpunan sokong MB Perak

Wamli



Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi.

Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

'Situasi tidak menentu'

Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

nasarudin hashimDitanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

'Kembali kepada rakyat'

Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.

Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab

pkr permatang pc 230808 perak exco jamaluddin and osmanAnwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.

"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dij alanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.

"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.

1:42 AM

(0) Comments

Gilerz Book of World Record.

Wamli






INGAT KO ABE HIM HOK AKHIR SEKALI LOKPAT,,, MUNG 4 EKOR LOKPAT JUGOK....
BODO LEBIH PADO WOKYOK.....HO...MALU KO RAKYAT PEROK

1:11 AM

(0) Comments

MUNAJAT PERDANA

MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: KEDIAMAN MB, IPOH
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR PERAK, PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

10:49 PM

(0) Comments

Terkini : Kenyataan Akbar MB Perak .


IPOH, 4 Feb jam 21.13;- Saya telah meyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menangguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini.

"saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar" tegas Ir. Nizar.

Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku piliharaya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat.

"Saya akan akur kepada apa saja keputusan Taunku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar.

Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu penganianyaan kepada Nasaruddin dan orang Bota.

"Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.

Sementara itu kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi mengatakan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehinggalah dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan perkenan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian

Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.

Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini.

"Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam .

Terdahulu Wartawan Harakah, Irwan Mohd Zain membidas Bernama kerana mengeluarkan laporan belum sahih tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak seperti yang dipetik semua media elektronik di negara ini sebentar tadi.

Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin memang akan membubarkan Dun tetapi masih menunggu perkenan Tuanku Sultan Perak untuk berbuat demikian. Beliau melihat, apa yang dilakukan oleh Bernama itu sebagai tindakan tidak beretika agensi berita milik kerajaan itu.

Dalam perkembangan lain, ADUN Teja Chang Lih Kang turut mengesahkan bahawa laporan Bernama itu tidak betul kerana sehingga kini Menteri Besar belum mengumumkan pembubaran DUN Perak, demikian lapor Anis Nazri dari meja nasional Harakah Kuala Lumpur.

3:33 PM

(0) Comments

Suasana di Perak menunggu kebijaksanaan siapa?Pilihanraya negeri semula atau BN mahu menang mudah?

Wamli

Perkembangan terkini di Perak amat ditunggu-tunggu.Setakat jam 3.00 petang sudah ada 3 Adun Pakatan Rakyat mengistiharkan diri menjadi wakil bebas dan ini menjadikan episod siapa yang akan menerajui Perak selepas ini menjadi persoalan menarik dan tegang.

Menarik kerana selepas ini mungkinkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan dan kita menyaksikan pilihanraya negeri baru diadakan?Berita dari Harakahdaily melaporkan MB Perak sedang menunggu untuk mengadap Tuanku Sultan Perak.

Tegang kerana mungkinkah peristiwa usul undi tidak percaya seperti apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1961 berulang sekali lagi di Perak?

Sementara itu portal Malaysiakini melaporkan semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli parlimen BN Perak telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Timbalan perdana menteri pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di negeri itu.

Dalam sidang media tergempar di pejabatnya sebentar tadi, Menteri Besar Perak menyatakan Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim yang menyertai PKR bulan lalu "telah diculik".

Pihak yang didakwa berbuat demikian tidak dinyatakan.

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menambah, beliau bersama 28 lagi Adun Pakatan Rakyat berharap Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau dijangka menghadap Sultan Azlan Shah di istananya sebentar lagi.

Malaysiakini difahamkan anggota keluarga Nasharuddin telah memaklumkan kepada PKR tentang kehilangannya.

Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Sebelum ini dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.

Apakah ada usaha terakhir BN untuk merampas pemerintahan di Perak secara mudah tanpa melalui pembubaran dewan? Kita tunggu selepas ini dengan berdoa mudah-mudahan Pakatan Rakyat terus beroleh kemenangan...


[Berita lanjut menyusul]