3:12 PM

(0) Comments

FENOMENA GERHANA ANNULAR / SEPARA MATAHARI

Gerhana annular terjadi apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari. Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya bayang (umbra dan penumbra) dan menyebabkan kawasan yang terkena bayang ini akan mengalami gerhana. Lihat rajah di bawah.



Rajah : Gerhana Annular terjadi apabila Bulan berada di atara Bumi dan Matahari.

Kawasan laluan yang akan mengalami gerhana annular bermula dari bahagian selatan lautan Atlantik kemudian bergerak ke arah timur menentasi benua Afrika, lautan Hindi, Indonesia dan berakhir di Mindanao, Filipina. Titik gerhana annular maksimum ialah di lautan Hindi pada jam 07:58:39 UT dengan tempoh annular ialah 7 minit 54 saat dan lebar laluan gerhana 280km. Kedudukan altitud Matahari ketika itu 73 darjah dari ufuk laut.



Kawasan yang berada diluar laluan annular ini akan mengalami gerhana separa Matahari.


Laluan gerhana Annular ditunjukkan dengan jalur yang gelap, manakala kawasan yang di luar dari jalur annular akan mengalami gerhana separa. Di Malaysia hanya mengalami gerhana separa Matahari. Sebahagian tempat di Indonesia akan mengalami gerhana Annular.


Laluan gerhana annular ini akan merentasi sebahagian besarnya lautan Hindi dan akan mencecah daratan di selatan Sumatera dan barat Jawa. Di antara bandar yang akan dilalui ialah Kotabumi dan Telukbetung. Di lokasi ini akan mengalami gerhana annular selama 6 minit 18 saat dengan altitud Matahari 25 darjah dari ufuk. Seterusnya gerhana ini akan merentasi bandar Samit dan Samrinda di Kalimantan, di sini fenomena yang menarik dapat dilihat kerana Matahari seperti cincin api yang terang ketika Matahari hampir ghurub di ufuk Barat.

Di Malaysia tidak berpeluang melihat gerhana Annular kali ini, kali terakhir kita dapat menyaksikan gerhana ini berlaku di negara ini ialah pada tahun 1998.Pada 26 Januari 2009 kita di Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana separa. Gerhana ini akan bermula selepas jam 4 petang dan berakhir sebelum terbenam Matahari di ufuk Barat.

Di Melaka gerhana Annular ini bermula dengan sentuhan pertama pada jam 4:30 petang. Fasa maksimum berlaku apabila 67% permukaan Matahari dilindungi Bulan pada jam 5:50 ptg. Fasa terakhir pada jam 6:58ptg. Selepas ini Matahari akan kelihatan normal seperti biasa.

Langkah-langkah yang selamat melihat gerhana

AWAS! Jangan melihat terus ke Matahari dengan mata kasar kerana ini akan menyebabkan retina mata rosak kekal serta merta.

Langkah yang selamat untuk melihat gerhana ialah dengan menggunakan penapis suria (solar filter) yang boleh menapis cahaya Matahari dan selamat digunakan.



Cara yang mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah kamera lubang jarum. Kaedah ini mudah dilakukan iaitu dengan menebuk satu lubang kecil dengan jarum pada kadbod dan satu lagi kad dijadikan sebagai skrin. Halakan kadbod yang telah ditebuk lubang kearah Matahari dan pastikan cahaya Matahari melalui lubang tersebut. Seterusnya lihat cahaya yang keluar dari lubang tersebut jatuh di atas skrin kadbod. Kita akan dapat lihat bentuk Matahari yang sedang mengalami gerhana.

Selain itu filem hitam-putih yang telah didedahkan sepenuhnya kepada cahaya juga boleh digunakan. Untuk lebih selamat hendaklah menggunakan dua lapis filem dan lihatlah Matahari dengan pastikan tiada cahaya luar yang lepas masuk kedalam mata. AWAS! Gunakan filem hitam-putih sahaja bukan filem warna.

Menggunakan kaca kimpalan gred 14 atau lebih tinggi juga boleh digunakan.
AWAS! Jangan gunakan sunglasses walaupun hitam kerana ia tidak selamat.



CARA-CARA SEMBAHYANG GERHANA MATAHARI

Pengertian
Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Al-Khusuf (gerhana bulan) digunakan ketika cahaya bulan terlindung sama ada sebahagian atau semuanya. Walau bagaimanapun, kedua-dua kalimah ini boleh digunakan dengan makna gerhana matahari atau gerhana bulan.

Sembahyang gerhana matahari dan bulan disyariatkan dengan tujuan supaya orang Islam kembali dan bermunajat kepada Allah Azawajalla agar dihilangkan bala dan dikembalikan cahaya.

Masa Disyariatkan
Sembahyang gerhana matahari telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Manakala sembahyang gerhana bulan pula disyariatkan pada tahun kelima hijrah.

Hukumnya
Hukum sembahyang gerhana ialah sunat muakkad kerana sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (914)yang bermaksud :

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Taala: Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang, oleh itu apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka bersembahyang dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan.

Juga kerana Rasulullah s.a.w telah melakukannya sebagaimana yang akan disebutkan.

Perintah sembahyang dalam hadis di atas tidak ditafsirkan dengan makna wajib berdasarkan hadis lain yang bermaksud:

Seorang Badwi bertanya Nabi s.a.w tentang sembahyang lima waktu. Kemudian dia berkata: Adakah lagi sembahyang yang wajib ke atasku selain itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Melainkan kamu melakukan yang sunat. (Al-Bukhari (46) dan Muslim (11).

Sembahyang gerhana matahari dan bulan sunat dilakukan secara berjemaah dan diseru ketika hendak mendirikannya dengan kalimah : (sembahyang yang menghimpunkan)

Cara mendirikan

Sembahyang gerhana matahari dan bulan mempunyai dua rakaat dan orang yang melakukannya hendaklah berniat sembahyang gerhana matahari atau gerhana bulan.

Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

Cara Pertama

Dilakukan pada setiap rakaat dengan dua kali berdiri, dua kali membaca(Fatihah dan ayat) serta dua kali rukuk tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan rukuk, kemudian berdiri, membaca dan rukuk). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali rukuk seperti sembahyang Jumaat. Tetapi dia dianggap telah meninggalkan fadhilat sembahyang tersebut kerana berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Cara Kedua

Iaitu cara yang lebih sempurna. Dilakukan pada setia rakaat dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Fatihah, surah al-Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di rakaat pertama. Untuk berdiri kali kedua di rakaat pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat.

Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama di rakaat kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua di rakaat kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat surah al-Baqarah. Kemudian apabila rukuk maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang bacaan 100 ayat, rukuk kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, rukuk ketiga sekadar 70 ayat dan rukuk keempat sekadar 50 ayat.

Apabila sembahyang telah sempurna, maka Imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah. Rukun-rukun dan syarat-syaratnya adalah sama dengan dua khutbah Jumaat dengan mendorong orang ramai supaya bertaubat dan melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai dan terpedaya.

Kemudian, jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika untuk gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.

Sembahyang Gerhana Tidak Diqadak

Apabila seseorang itu luput waktu sembahyang gerhana matahari dan bulan; matahari atau bulan telah muncul (sepenuhnya) sebelum sembahyang didirikan, maka ia tidak dituntut menqadakkannya. Ini kerana sembahyang gerhana merupakan sembahyang yang disertai dengan sebab-sebabnya yang tertentu. Apabila sebab tersebut hilang maka luputlah tuntutan mendirikannya. Gerhana matahari atau bulan dikira berakhir apabila matahari atau bulan muncul sepenuhnya.

Mandi untuk Sembahyang Gerhana

Disunatkan mandi bagi mendirikan sembahyang gerhana matahari dan bulan. Mandi tersebut dilakukan sebelum menunaikan kedua-duanya sebagaimana mandi untuk sembahyang Jumaat. Ini kerana kedua-dua sembahyang gerhana mempunyai maksud yang sama dengan sembahyang Jumaat dari segi berhimpun dan disunatkan berjemaah.

Sumber Rujukan : Kitab Fikah Mazhab Syafie Oleh Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Ms 244-247.

7:25 PM

(0) Comments

Kerajaan Pakatan Perak Tambah 1 Kerusi lagi

Wamli

Sedang UMNO dan BN pusat dan negeri mengeksploitasikan banyak isu mengenai kerajaan Pakatan di Perak tiba-tiba satu kejutan berlaku.Banyak pihak meramalkan akan berlaku banyak kejutan lagi selepas ini termasuk kejutan besar pada Mac nanti.Kita tunggu seterusnya.Berikut adalah berita yang dipetik dari Bernama sebentar tadi.....

MB Perak sahkan Adun Bota sertai Pakatan Rakyat

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Hashim, hari ini menyertai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi berkata, Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, Pas dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Mohammad Nizar menyifatkan Nasaruddin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra sebagai seorang yang beriman, berilmu dan berpengalaman.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau (Nasaruddin) berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di DUN Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

Desas-desus mengenai kemungkinan Nasaruddin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lalu.

Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan. - Bernama

Ikuti kenyataan media Nassarudin yang dipetik dari Biro Penerangan KeADILan :

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

12:15 AM

(0) Comments

Semua petunjuk menandakan Umno akan hancur - Dr Mahathir Mohamad


Tulisan ini adalah ulang siar apa yang dicatat oleh Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam www.chedet.cc. Sila baca dan nilailah sendiri.Tk -Wan Ramli.....



1. Rencana ini telah ditulis semasa pilihanraya sedang berjalan. Saya pilih untuk tidak menyiarkannya pada masa itu supaya tidak dituduh mencuba mempengaruhi keputusan. Saya telah dikritik oleh seorang ahli UMNO kerana rencana saya berkenaan dilema pengundi. Rencana ini adalah sebagai jawapan kepada pengkritik saya.

2. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihanraya kecil ini iaitu saya tidak memihak kepada sesiapa.

3. Bahawa bagi sesetengah ahli UMNO pilihanraya ini penting, itu adalah pendapat mereka. Bagi saya pilihanraya kecil ini penting kepada UMNO jika ahli-ahli dan pemimpinnya dapat faham dan mengambil iktibar dari keputusannya. Saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihanraya Mac 2008.

4. Saya adalah bekas ahli UMNO dan saya amat sayang kepada UMNO yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.

5. Kata pepatah Melayu, "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan."

6. Sayang yang buta tuli bukan sahaja tidak baik bagi yang sayang tetapi juga yang disayangi.

7. UMNO dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan UMNO yang sebenar.

8. Dengan itu ahli-ahli UMNO pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara.

9. Majoriti ahli UMNO setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". Kesetiaan rakyat pada Raja ada batasannya. Demikian juga kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.

10. Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.

11. Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak UMNO sekarang:

a) Sanggup meletak wilayah negara sendiri dibawah kuasa Singapura apabila mendakwa pembangunan dalam wilayah Malaysia perlu dapat persetujuan Kerajaan Singapura.

b) Memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan Kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka. Hampir semua dari mereka ini kalah.

c) Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

d) Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari KabinEt.

e) Penjualan M.V. Agusta yang dibeli dengan harga RM300 juta, tetapi dijual dengan harga RM4.00. Pembeli M.V. Agusta ini kemudian menjualnya dengan harga RM500 juta - untung RM499,999,996 juta.

f) Mengguna wang secara terbuka untuk mendapat sokongan dari cawangan-cawangan UMNO. Apabila didakwa oleh ketua bahagian, ia digantung. Laporan polis dan BPR yang dibuat oleh veteran UMNO tidak dipedulikan.

12. Kesan dari kepimpinan yang rasuah dan tidak bermoral ialah perkembangan menyeluruh politik wang semasa pencalonan oleh bahagian-bahagian.

13. Orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah berjaya mendapat cukup bilangan undi untuk jadi calon dalam pemilihan yang akan diadakan pada Mac. Sekaligus ternampak jelas yang ahli-ahli UMNO utamakan duit dan bukan perjuangan untuk bangsa, agama dan Negara.

14. Besar kemungkinan orang yang guna wang ini yang akan dipilih dalam pemilihan bulan Mac oleh wakil-wakil yang telah disogok.

15. Sudah tentu mereka ini akan mengetuai Kerajaan kemudian.

16. Kita akan dapat Kerajaan UMNO yang tidak bermoral dan rasuah.

17. UMNO di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

18. Apabila dikecam pemimpin UMNO pohon maaf dan tunduk kepada pengecam. Sebaliknya jika orang UMNO mengecam parti lain, mereka digantung.

19. Semua isyarat menunjuk bahawa UMNO akan ditewas dan hancur dalam Pilihanraya Umum ke-13.

20. Saya akui saya yang pilih Dato Abdullah, Mr Clean. Saya akui juga saya tidak pandai pilih. Lihat sahaja Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim dan ramai dari Menteri-Menteri yang mengutuk saya apabila sahaja saya tidak jadi PM lagi.

21. Memilih semasa saya tidak tahu perangai seseorang adalah tidak bijak. Tetapi meneruskan sokongan apabila saya sudah tahu keburukan yang dilakukan oleh orang pilihan saya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

22. Saya tidak cari untuk saya disukai ramai. Saya bertindak atas pendirian yang pada hemat saya adalah baik walaupun saya akan jadi tidak popular.

23. Hanya kerana saya dahulu menjadi pemimpin UMNO tidak bermakna saya mesti terus menyokong UMNO setelah UMNO menyimpang dari perjuangan asalnya dan sudah jadi parti milik perasuah yang hanya utamakan kepentingan diri masing-masing, yang hanya menyertai UMNO untuk dapat duit sogokan, mendapat peluang perniagaan, menjadi Menteri dan Perdana Menteri.

24. Percayalah, apabila dalam Mesyuarat Agong Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agong menang, UMNO akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan UMNO akan kalah pada PRU 13. Selepas itu UMNO akan terkubur dan mereka yang membawa kehancuran pada UMNO kerana wang dan keuntungan bagi diri sendiri akan dikutuk oleh orang Melayu turun temurun.

25. Biarlah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada UMNO. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin UMNO.

6:41 PM

(0) Comments

Lagi Isu PPSMI

Menjelang himpunan 100 000 yang akan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) nanti (tarikhnya belum diketahui), berikut saya menyiarkan semula tulisan Ali Bukhari Amir mengenai PPSMI yang ditulis pada 27 Dis 2008 yang disiarkan melalui Harakahdaily menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lepas.


Kepada semua kaum ibu dan bapa dan guru-guru yang berada di bawah Parlimen Kuala Terengganu.

Surat ini ditujukan khusus buat anda tanpa mengira latarbelakang kepartian. Surat ini daripada saya, seorang anak muda yang tidak ghairah kepada parti, hanya ghairah kepada tradisi keilmuan dan dunia akademik.

Juga, surat ini mungkin wakil daripada kawan-kawan saya yang peka dan prihatin terhadap nasib bangsa kita. Pendek kata, warkah ini dihulurkan kepada anda semua sebagai insan yang tiada memiliki apa-apa kepentingan parti.

Maka, janganlah hendaknya dilihat isi kandungan surat ini bermotifkan kepartian, walaupun ia tersiar di laman sesawang parti pembangkang. Saya memilih ruangan ini kerana saya yakin penuh percaya, bahawa isi kandungan surat ini tidak akan pernah tersiar di dalam akhbar yang telah dikawal parti pemerintah.

Warkah ini mengajak semua kaum ibu, kaum bapa dan guru-guru di Parlimen Kuala Terengganu untuk sama-sama kita berbincang daripada hati ke hati berhubung suatu permasalahan yang kronik sejak lima tahun lalu.

Barangkali kita semua sudah terlewat atau masih belum terlewat untuk merawat penyakit umat. Masa semakin suntuk! Tapi, ini semua bergantung kepada andaian masing-masing juga. Ada pihak yang masih menyatakan kita masih belum terlewat dan ada yang berkata kita sudah terlewat, nasi sudah menjadi bubur! Masing-masing punya tafsiran tersendiri.

Lidah bahasa berbelang warna
Apa pun yang berlaku, sama ada kita sudah terlewat atau tidak, penyakit-penyakit umat telah mula datang menyerang! Ia merayap ke seluruh sendi-sendi dan tiada tabib pun yang cuba datang menawarkan racun yang merayap ke setiap pembuluh darah umat ini. Biarlah kita namakan sindrom penyakit ini sebagai penyakit 'lidah bahasa berbelang warna"!

Ketika diajar matapelajaran Sains dan Matematik, anak-anak kita dan guru-guru di sekolah dihinakan dengan bahasa yang bukannya bahasa kita. Contohnya, kalau dalam suatu hari itu, ilmu sains dan matematik masing-masing diajar selama satu jam dalam kelas, bermaksud dalam sehari, kira-kira dua jam masa telah diperuntukkan untuk menghina anak-anak kita dan guru-guru dalam tempoh 24 jam melalui paksaan, bercakap, mengajar dan belajar, menerangkan dan bertanya dalam bahasa yang bukan milik nenek moyang kita.

Maka, apabila tiba masa untuk belajar ilmu geografi, pendidikan seni, agama dan lain-lainnya, boleh pula diajar dalam bahasa Melayu. Lidah anak-anak kita sudah memiliki berjalur dan berbelang warnanya. Kita mempunyai ungkapan yang tidak baik mengenai 'lidah bercabang', iaitu orang yang suka menipu, cakapnya berbelit, mungkir janji dan hal ini dibenci.

Sekarang, lidah anak-anak dan guru-guru kita berbelang warna. Bertambahlah satu lagi penyakit baru di alaf moderen ini dan pastinya penyakit 'lidah berbelang' ini sukar dirawat nanti jika kita tidak berbuat sesuatu.

Apabila kita membantah PPSMI ini, maka pihak kementerian telah mencari helah dan menyusun dalih baru. Kononnya kita anti bahasa Inggeris. Sebenarnya, mereka pun tahu, sedar bahawa bantahan ini bukannya terkait dengan sikap kita yang anti bahasa Inggeris.

Tetapi, pihak kementerian sengaja mengada-adakan tohmahan seperti ini supaya bantahan ke atas PPSMI ini akan tampil dengan wajah gelap; kononnya kita anti pembangunan, kuno, jumud dan anti bahasa Inggeris!

Sesungguhnya, kalau gerakan membantah PPSMI ini benar-benar anti bahasa Inggeris, sejak dahulu lagi kita tidak izinkan matapelajaran bahasa Inggeris diajarkan di sekolah-sekolah! Tetapi, kita tidak pernah membantah langsung matapelajaran ini diajarkan.

Kita alu-alukan pengajaran dan pembelajarannya. Kita benarkan tertegak dan tertubuhnya British Council dalam negara kita. Tiada seorang pun yang tergamak membakar segala gedung institusi pendidikan yang terkait dengan bahasa Inggeris ini.

Hati kita cuma jadi hangus terbakar dengan sebab maruah kita diinjak-injak oleh pihak kementerian sendiri yang telah menghina kita, menjatuhkan maruah nenek moyang kita yang telah berusaha keras menegakkan tiang bahasa Melayu sebagai tonggak bahasa kebangsaan, atau bahasa rasmi yang digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam kehidupan tatacara bernegara.

Maka pendidikan adalah salah satu cabang daripada urusan hidup bernegara. Pendidikan adalah pusat nyawa, nadi kehidupan negara ini. Tiada bermaknanya kehidupan bernegara dan tiada ertinya sesebuah peradaban yang lumpuh tradisi pendidikan dan keilmuannya. Lumpuhnya pendidikan itu ditandai dengan pengajaran dan pembelajaran ilmu yang bukan melalui bahasa kaum itu sendiri.

Wahyu yang pertama turun adalah Iqra', iaitu bacalah. Wahyu pertama itu mementingkan unsur pendidikan, menerapkan ilmu sebagai petanda aras, kayu ukur yang menyukat jatuh bangunnya sesebuah tamadun. Bukanlah ekonomi yang menjadi asas dan nadi jatuh bangunnya sesebuah bangsa. Tapi, ilmu itulah asas penggerak sesebuah tamadun.

Sekarang, pendidikan kita menjadi caca-marba, roti canai dan murtabak akibat campuran dan tokok tambah rojak bahasa di sana sini. Manusia memerlukan bahasa sebagai alat berfikir. Rosaknya bahasa bermaksud akan tumpullah alat menajamkan fikiran. Dan yang menumpulkan dan menghauskan bahasa Melayu yang tajam berkilat tadi adalah pemimpin Melayu sendiri!

Bolehkah khutbah Jumaat dalam bahasa bukan Melayu?
Oleh kerana pemimpin Melayu kita memiliki kreativiti tahap agung, mari kita buat andaian begini. Kita terpaksa membuat andaian yang bukan-bukan, sebab kita terpaksa berdepan dengan kegilaan yang bukan-bukan yang mungkin wujudnya secara tiba-tiba.

Misalnya pada satu hari, kerajaan betul-betul mahu jadikan Kuala Terengganu sebagai kawasan pelancongan agar pelancong Inggeris berpusu-pusu masuk datang bercambah dan masyarakat antarabangsa pula datang berjebah maka semestinya kerajaan meminta para imam dan khatib membacakan khutbah dalam bahasa Inggeris setiap kali solat Jumaat.

Majlis-majlis tazkirah dan penyampaian agama antara Maghrib dan Isyak mestilah diajar dalam bahasa Inggeris. Latihan ini perlu agar setiap ahli masyarakat di Kuala Terengganu mencapai kualiti bahasa Inggeris yang bermutu tinggi supaya dengan itu mereka dapat berbahasa Inggeris dengan para pelancong itu.

Menteri-menteri yang 'gila' ini mungkin akan berkata, "Kita perlu menambahkan jumlah pelancong di negara kita. Apabila kita makin mahir berbahasa Inggeris, maka makin ramai pelancong mahu datang ke sini kerana orang di sini ramah-tamah serta lancar pula berbahasa Inggeris."

Apa akan jadi kalau seluruh ahli masyarakat Kuala Terengganu diminta memakai bahasa yang bukan bahasanya sendiri dalam urusan membeli ikan, sayur di pasar hanya semata-mata untuk melatih ahli masyarakat dalam kawasan Kuala Terengganu itu agar lancar berbahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa semata-mata atas nawaitu palsu, meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan?

Heh! Tuan-tuan.. jangan main-main. Pemimpin kita bijaksana dan bijak laksana orangnya. Kalau tidak, masakan tertegak Majid Kristal itu? Dengan 'bijaksana' mereka itu, manalah tahu kalau-kalau khutbah pun nanti dalam bahasa Inggeris! Di dalam bahasa Melayu pun, makmum kita tersengguk-sengguk, kalau dalam BI, barangkali terus makmum kita padam, dan koma sepanjang Jumaat itu!

Banyakkan tindakan bantahan, bukan sekadar berbicara!
Kaum ibu bapa dan juga guru yang dirahmati.. Anak-anak dan guru-guru kita di seluruh negara ini telah diperlakukan secara hina, maruah mereka diinjak-injakkan dan semua ini berlaku, terbentang di depan mata kita sendiri.

Anak-anak kita dipaksa bertanyakan soalan dalam bahasa yang bukannya bahasa milik kita. Dan guru-gurunya diminta mengajar dalam bahasa yang bukan miliknya.

Tuan-tuan tentu sudah tahu apakah dasar ini. Ia adalah dasar yang meminta anak-anak kita dan guru-guru kita belajar dalam bahasa yang bukan milik kita. Bukan bahasa ibunda. Maka, segelintir dalam kalangan cendekiawan negara sudah pun menunjukkan aksi bantahannya melalui protes bicara! Tapi, kita manusia dan bukannya Tuhan.

Alam ini tercipta dan bergerak melalui kata-kata Tuhan yang berbunyi 'Kun Fa Yakun', Jadi maka jadilah ia (alam ini). Kegelapan dasar PPSMI ini bagaikan malam yang pekat. Ia tidak boleh diusir melalui kata-kata, cercaan dan celaan.

Kita bukan Tuhan yang boleh mengubah alam ini melalui kata-kata 'Kun Fa Yakun' tadi. Cendekiawan kita telah menyusun nota bantahan berulangkali. Tapi, sebagai yang disebutkan di atas, "Kegelapan tidak boleh diusir lewat kata-kata."

Kita tidak boleh bersikap sebagai Tuhan dengan menyeru kegelapan tadi dengan kata-kata: "He kegelapan, pergilah dikau dari sini!" Hentakan dan sergahan lewat bicara ke atas kegelapan seperti itu tiada maknanya lagi.

Kita manusia dan bukan Tuhan. Firman Tuhan Kun Fa Yakun boleh mengubah segala warna alam itu daripada sejuta kegelapan kepada sejuta pencerahan tanwiri. Insan boleh mengubah semuanya boleh tindakan dan pelaksanaan dan bukan kata-kata.

Penyair Indonesia terkenal, W S Rendra bermadah darihal erti perjuangan, "Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata."

Tafsiran ke atas kalimat perjuangan, menurut Rendra adalah pelaksanaan ke atas kata-kata. Hal ini perlu diteliti oleh kita semua. Melaksanakan kata-kata adalah satu perjuangan. Ertinya, kita perlu bertindak dan beraksi dan bukan hanya terhad berbicara, menyusun nota bantahan, menulis memorandum semata-mata.

Kegelapan PPSMI terusir oleh pelita dan dian tindakan!
Ingatlah wahai guru-guru dan kaum ibu bapa Kuala Terengganu. Kegelapan tidak boleh diusir lewat bicara. Dahan bicara kita telah lama dipatahkan oleh semacam tenaga yang seolah-oleh tak terkalahkan.

Kegelapan tidak terusir melalui sergahan kata-kata. Ambillah dian, dan nyalakan pelita. Bawalah jamung di celah-celah kegelapan itu dan kegelapan akan terusir dengan sendirinya nanti.

Maka, hal membawa dian, pelita dan jamung itu adalah tindakan, gerakan merakyat yang nanti akan menatijahkan robohnya tembok keangkuhan Barisan Naga tadi, di mana sejak sekian lama belum ada rakyat yang berusaha keras melanggarnya.

Hati kita telah lama hangus, dihanguskan oleh sikap ahmak dan kesombongan mereka. Jiwa ibunda telah pun lama rentung, direntungkan lewat pidato liar Barisan Naga (BN) ini.

Liar lingkaran api yang menyala-nyala, dan sesekali menyembur lewat pidato naga-naga ini telah lama membakar jiwa, hati setiap perasaan manusia di daerah yang parah dengan segala prasarana pendidikan ini. Bagaimana murid-murid di Sabah Sarawak mahu mengajar, belajar dalam serba kekurangan?

Sekali lagi, pandangan ini tidaklah mewakili mana-mana parti. Ia lahir mendadak untuk meminta pandangan kaum ibu bapa dan guru-guru khasnya di Kuala Terengganu yang mungkin dapat merumuskan sesuatu tindakan, guna memberikan pengajaran ke atas para pemimpin Melayu yang telah secara biadap merobekkan bahasa ibunda kita selama ini.

Guru-guru dan kaum ibu bapa di Kuala Terengganu.. Kegelapan tidak boleh diusir lewat bicara, ubahlah melalui tindakan dan undi. Ketepikan faktor kepartian, letakkanlah matlamat memperkasa pendidikan di depan. Insya Allah, Tuhan bersama kita, RAKYAT MALAYSIA yang dahagakan kebenaran!

Pautan-pautan lain yang boleh dibaca..

(Nota: Jika terdapat saranan mengenai TINDAKAN-TINDAKAN yang boleh disusun oleh kaum ibu bapa dan guru, sila majukan kepada ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya Dan bagi mereka yang ingin membantah PPSMI atau mahu memajukan maklumbalas ke atas tulisan ini, boleh berbuat demikian dengan memajukan pandangan mereka ke mel-e yang sama.)

http://prihatin.net/index.php?option=com_content&view=article&id=105:klinik-bahasa-jawapan-terhadap-isu-ppsmi&catid=11:suara-generasi-muda&Itemid=13

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18377&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18381&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18382&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18402&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18448&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18451&Itemid=1

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18488&Itemid=50

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18489&Itemid=1

http://bmppsmi.blogspot.com

3:15 p.m, 27 Disember
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

7:29 PM

(0) Comments

Isu Hak Milik Tanah di Perak: Siapa Berbohong


Kerajaan Perak telah memberi milik tanah kepada rakyatnya tetapi telah dijadikan isu "alih kaum" oleh UMNO....Ikuti tulisan Ahmad Tajdid dari Harakahdaily mengenai isu ini.



Geran kampung baru, Jus Soli dan kemahiran berbohong Umno

SENTIMEN kaum dan agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.

Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.

Lihat sahajalah isu penganugerahan geran hak milik kekal kepada para penduduk kampung baru di Perak yang dijadikan modal politik Umno negeri.

Dan bagi lebih menarik simpati, titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.

Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.

Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.

Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu dan sanggup 'menggadai' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam "membela orang Melayu" sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai "menggadai hak Melayu".

Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!

Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?

Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru turut dinafikan Menteri Besar, tetapi terus dicanangkan 'sebagai betul' oleh pemimpin Umno negeri.

Cubaan memutarbelitkan titah ucapan Dr Raja Nazrin berhubung teguran raja-raja Melayu terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu juga sebenarnya 'menampar muka' Umno.

Teguran Raja-raja Melayu yang dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 itu sebenarnya merujuk kepada Rancangan Briggs yang dilancarkan Sir Henry Gurney ketika era darurat di Malaya (1948-1960).

Ketika ghairah menimbulkan satu episod dalam sejarah negara, pemimpin Umno tidak langsung mahu membicarakan episod yang lebih penting daripada Rancangan Briggs iaitu sokongan Umno terhadap prinsip kerakyatan Jus Soli yang diperkenalkan British.

Jika rancangan Briggs sekadar memindahkan masyarakat Cina yang duduk di pinggir-pinggir hutan ke satu perkampungan tersusun yang dikenali sebagai kampung baru (untuk mengelak mereka dipengaruhi anasir komunis); Umno melalui sokongannya terhadap Jus Soli bersetuju memberi hak kerakyatan kepada pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu.

Dan adakah bantahan Umno terhadap pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru membawa erti bahawa Umno bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada penduduk Cina dan India tetapi tidak bersedia untuk mereka diberikan tapak rumah kediaman?

Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?

Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.

Jenayah Umno terhadap Melayu sebenarnya terlalu banyak untuk diungkit. Ia tidak melayakkan parti itu untuk mendabik dada sebagai "pembela maruah Melayu".

Apa yang boleh 'dibangga' dengan Umno cumalah kemahiran untuk berbohong dan memainkan sentimen bangsa dan agama bagi satu tujuan - mengekalkan kuasa!_

3:21 PM

(0) Comments

NGO yakin masa depan Pakatan Rakyat lebih baik berbanding BN



KUALA LUMPUR, 19 Jan - Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tokoh akademik, melihat kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lepas sebagai pembuka laluan untuk meraih kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Ini kata mereka yang dihubungi Harakahdaily, keputusan tersebut dengan merangkul majoriti yang besar bukan lagi undi protes sebaliknya satu trend perubahan rakyat.

Presiden Pusat Kajian Medenity/Masyarakat Madani (Cesmacs) Dr Mohd Nor Manuty berkata, kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mengalahkah calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Farid Wan Saleh, menunjukkan dengan jelas rakyat mahukan perubahan.

Apa lagi katanya, kemenangan tersebut dengan satu majoriti yang besar biarpun BN pergunakan segala kemudahan yang ada pada mereka.

"Tentunya kemenangan ini sesuatu yang menggembirakan kerana rakyat mahukan perubahan yang sedang berlaku dengan rancaknya sejak 8 March lalu menjadi realiti dalam sistem politik negara.

"Ini juga menunjukkan dakyah-dakyah BN bahawa Pakatan Rakyat itu tidak kukuh ternyata tidak benar sama sekali," katanya.

Katanya dalam pilihan raya kali, yang menarik perhatian dengan kehadiran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bekerjasama dengan pemimpin dan petugas-petugas PAS terutama di kawasan bandar.

Beliau berkata, ini sebagai satu manifestasi yang begitu memberangsangkan untuk masa depan Pakatan Rakyat dalam apa pun jua kontroversi antara berbilang kaum .

"Sama ada Melayu, Cina atau India yang besar majoritinya di situ, ini sebagai satu petanda yang cukup baik kerana dalam pilihan raya kecil yang lazimnya dimenangi Barisan Nasional," katanya.

Kemenangan tersebut sudah melakarkan satu landkap politik negara ke arah perubahan.

Keputusan pilihan raya kecil, Parlimen Kuala Terangganu yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam menyaksikan kemenangan Wahid dengan memperolehi undi sebanyak 32,883 undi manakala Wan Farid dari BN sebayak 30,252 dan calon Bebas, Azharuddin Mamat, 193 undi. PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Mengulas isu sama, Ahli akademi daripada Jabatan Sains Politik Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) Dr Marzuki Mohamad berkata, kemenangan di Kuala Terangganu memberi erti masa depan PAS dan Pakatan Rakyat semakin cerah.

Secara tidak lansung katanya memberi peluang untuk PAS perkukuhkan kedudukan politiknya di peringkat nasional dan juga segi kerjasama Pakatan Rakyat khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Kalau tengok dalam pilihanraya di Kuala Terengganu ini boleh dikatakan satu simbol ataupun satu bukti wujud satu kerjasama yang cukup rapat dalam satu pasukan di bawah Pakatan Rakyat.

"Dalam konteks Umno dan BN saya lihat sebagai satu lagi isyarat kepada BN khususnya Umno untuk melaksanakan satu reform dalam BN.

"Mereka perlu satu perubahan seperti isu yang dibawa itu berkait dengan pemerintahan yang baik atau good governant jadi saya nampak itu isyarat dari pengundi," katanya

Beliau berkata, kekalahan menuntut Umno dan BN perlu menumpukan usaha yang lebih kepada meningkatkan prestasi dari segi pemerintahan seperti rasuah dan hubungan kaum.

Ini katanya pilihan raya tersebut bukan saja pengundi Cina yang mengundi PAS tetapi Melayu juga ramai menyokong PAS.

Perkembangan tersebut katanya menunjukkan prestasi PAS mungkin akan menggantikan peranan Umno sebagai parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di peringkat nasional.

"Ini satu yang harus kita lihat kerana perubahan landkap politik bukan sebagai undi protes saja kepada BN tetapi nampak satu trend perubahan yang memberi peluang baik kepada Pakatan Rakyat khususnya," kata beliau.

Dalam pada itu, Pengarah Korporat Komunikasi, Fomca, Mohd Yusuf Abdul Rahman berpandangan kejayaan PAS bagi menduduki kerusi parlimen Kuala Terengganu itu mencerminkan perasaan rakyat yang sebenarnya,

"Kita tahu walaupun dalam pilihan raya kecil itu kerajaan mengarahkan jenteranya turun tetapi masih lagi tidak dapat pengaruhi pengundi dan ini menunjukkan keyakinan rakyta kepada kerajaan persekutuan masih lagi rendah dan kerana itu ia memberi kemenangan kepada PAS," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan harus membuat sesuatu jika hendak dapat kembali keyakinan rakyat.

Malah katanya, jika senarionya masih sama kemungkinan besar Pakatan Rakyat boleh menjadi pilihan utama rakyat.

"Saya rasa kalau rakyat ada sekarang masih menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat boleh ambilalih tampuk perintahan, "Bagi saya sendiri melihat perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah masih lagi meluap-luap," katanya.

8:36 PM

(0) Comments

Pilihanraya kecil Kuala Terenganu mencerminkan mood politik negara

Cita-cita pembangkang untuk mengambil alih kuasa mendapat anjakan yang memberangsangkan ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, yang mengikut para pemerhati, turut menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS - salah sebuah anggota Pakatan Rakyat - dalam pilihanraya kecil tersebut, dilihat sebagai mencerminkan 'mood' politik negara sekarang.

Kemenangan itu juga - walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN - tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN.

"Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan," kata Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat pimpinannya memenangi lima negeri dan lebih satu pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi semalam adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Desak perubahan

Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.

Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.

Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya.

Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda.

Siva Murugan Pandian, seorang penganalisa politik dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kemenangan pembangkang semalam telah memberi satu anjakan besar kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Jika Datuk Seri Anwar dapat memastikan tidak berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, maka pembangkang boleh mangambil alih kuasa dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sokongan pengundi Melayu

"Tetapi ia hanya boleh berlaku jika peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat berterusan," katanya.

kuala terengganu by election 090109 najibSiva berkata, keputusan semalam juga merupakan satu petanda tidak baik terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pemilihan Umno Mac depan.

Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum lalu.

Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Tengku Razaleigh yang mahu mencabarnya, gagal mendapat kuota pencalonan yang mencukupi - sebanyak 58 pencalonan. Beliau hanya mendapat pencalonan dari bahagiannya - Umno Gua Musang.

Manakala Bridget Welsh, pakar politik Asia Tenggara di Universiti Johns Hopkin pula berkata kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.

Reaksi Najib

Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.

Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang.

Manakala Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre for Opinion Research, pula menyifatkan keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan kerajaan BN kini berdepan dengan “jurang kredibiliti” dengan pengundi Melayu yang tidak ditangani oleh para pemimpinnya ekoran percakaran sesama sendiri yang berterusan dalam BN.

Pengundi muda dan pengundi di kawasan bandar khususnya tidak senang dengan masalah rasuah dan kroni yang berterusan, serta kegagalan Abdullah menunaikan janjinya untuk membawa perubahan, termasuk membersihkan pasukan polis dan badan kehakiman.

Ibrahim juga bersetuju bahawa gabungan pembangkang kini mendapat momentum yang amat diperlukan dan membuktikan parti komponennya dapat bekerjsama secara berkesan walaupun wujudkan dakwaan bahawa berlaku keretakan dalam hubungan sesama mereka. Berita asal

9:20 PM

(0) Comments

KEPUTUSAN RASMI PRK P36 KUALA TERENGGANU

Wamli

Alhamdulillah keputusan rasmi dari SPR baru diterima secara langsung sebentar tadi.

PAS 32 883
BN 30 252
BEBAS 193

PAS MENANG DENGAN MAJORITI


Alhamdulillah MAWE menang.

Semua penyokong PAS diminta sujud syukur.

Ikuti pendapat seterusnya selepas ini....

9:02 PM

(0) Comments

Keputusan PRK P36 Tak Rasmi dari sumber IPK Kuala Terengganu

Wamli

Jam 8.51 minit

PAS : 32 792
BN : 29 213
BEBAS : 190
Rosak : 482

Jumlah : 62 677

Peratus : 78.12

PAS menang majoriti : 3 579 undi

8:35 PM

(0) Comments

Pengiraan Undi sehingga 8.20 malam

Wamli

Pengiraan undi: PAS semakin di hadapan
Jan 17, 09 9:59am

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.

8:24 PM

(0) Comments

Penjumlahan sehingga jam 8.05 malam

Wamli

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 13,385

Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 15,189

Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 92

Info:
Majoriti :
Undi Rosak :
Pemilih berdaftar : 80,229
Keluar Mengundi : 63,967
% Keluar Mengundi : 79.73%

7:21 PM

(0) Comments

Pusat pengundian ditutup jam 5.00 petang

Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah berakhir tepat jam 5 petang tadi manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan sidang media sebentar lagi.

Menurut laporan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi mencecah 80 peratus dan proses pengiraan undi akan bermula bila-bila daripada sekarang dan keputusan rasmi dijangka diperolehi sebelum pukul 10.30 malam.

Proses pengundian dilaporkan berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil dan sedikit ketegangan yang berlaku di antara penyokong PAS dan BN membabitkan kepen-kempen meraih undi.

Selain itu para petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat dikatakan mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas seperti di Sekolah Kebangsaan Ladang yang mana terdapat tujuh buah trak FRU berada di situ

Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Dun Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.

Selain itu SPR memaklumkan setakat jam 4 petang tadi sejumlah 76 peratus pengundi telah keluar mengundi menjadikan jumlahnya kira-kira 60,794 daripada 80,229 yang layak mengundi di pilihan raya kecil ini.

Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.

PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN - 11,516 undi. Manakala calon Bebas - 90 undi.

Di peti undi Chabang Tiga Dun Wakaf Mempelam, calon PAS mengatasi BN bagi saluran dua sebanyak 86 undi. Bagaimanapun dua lagi saluran masih dalam pengiraaan. - mj _

9:04 AM

(0) Comments

Hari ini - SELAMAT MENGUNDI- menangkan MAWE calon PAS , Humbangkan BN dengan kesombongannya...

Wamli

Ketika membaca temubual Harakah dengan TG Hj Abdul Hadi Awang baru-baru ini,kita sebagai muslim perlu dan sentiasa menyedari betapa besarnya tuntutan melaksanakan Islam di bumi Allah ini.

Khusus kepada pengundi-pengundi di kawasan parlimen P36 Kuala Terengganu, saya memetik sebahagian saranan Dato Seri Tuan Guru seperti berikut.....

"Firman Allah Taala dalam surah al-Imran yang bermaksud,"Dan hendaklah ada di kalangan kamu yakni,wahai orang-orang yang beriman satu kumpulan yang menyuruh kepada yang baik, yang menyeru kepada yang baik, menyeru kepada yang ma'aruf dan yang menegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan".

Peranan PAS dalam pilihan raya ini adalah unntuk menunaikan kewajipan fardhu kifayah yang sangat besar di dalam agama Islam. Wajib ada di kalangan umat Islam yang mengajak manusia kembali semula kepada Islam dengan makna yang menyeluruh sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW, bagi mendirikan pemerintahan Islam.
Pemerintah yang ada ialah pemerintah yang tidak menjadikan Islam sebagai hukum-hukum yang berdaulat dan memerintah. Ini adalah kemungkaran yang sangat besar dalam agama Islam. Apabila berlakunya kemungkaran, Nabi Muhamad SAW bersabda, yang bermaksud "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara yang mungkar hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka benci dalam hati.".

Penyertaan dalam pilihan raya ialah untuk melaksanakan kewajipan ini walaupun kita (PAS) tidak berjaya mengubah dengan tangan, mendirikan kuasa memerintah. Tetapi masih ada lagi peluang untuk mengubah dengan lidah dan hati. Dengan lidah ialah kita (PAS) menyertai amalan demokrasi melalui pilihan raya. Kita (PAS) menghantar wakil yang boleh berucap dengan lidahnya di dalam Parlimen bagi pihak kita (PAS) untuk menyatakan risalah atau mesej.

Disebut di dalam ayat tadi 'menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran'. Dan pilihan raya ialah untuk melahirkan rasa ingkar kita (rakyat) terhadap apa yang berlaku dengan kita (rakyat) tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan mengundi PAS parti yang memperjuangkan Islam. Inilah perkara yang paling besar yang perlu diberi penekanan lebih daripada isu-isu yang ditimbulkan dalam kehidupan kita tanpa menafikan isu itu juga perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tetapi bagi orang Islam menjadi penekanan yang utama."

Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar para pengundi di Parlimen P36 Kuala Terengganu memangkah calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut -MAWE , meminjam akronim Lim Guan Eng - dan terus memilih PAS sebagai wadah politik untuk memenangkan Islam dibumi malaysia ini.

Selamat mengundi - Amin.

Wahid, isteri, 5 anak paling awal mengundi
Mohd Nor Yahya

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Proses pengundi bagi menentukan lanskap baru politik negara sudah bermula sebentar tadi. Kira-kira jam 7 pagi tadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk peti undi.

Ketika tempat pengundian dibuka calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama isterinya Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima anak antara pemilih pertama yang menunaikan tangggungjawab.

Sekurang-kurang sejak awal lagi PAS sudah mendapat tujuh undi pertama.

Mereka tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga kira- kira jam 7.45 dengan diiringi beberapa penyokong. Bagaimanapun pintu masuk utama ke tempat pengundian hanya dibuka jam 8.05 pagi.

Ketibaan Abdul Wahid disambut petugas PAS dan wartawan yang sejak awal menunggu. Petugas dari awal lagi memenuhi bangsal panas di kawasan berhampiran. Kedudukan bangsal panas PAS dan BN bersebelahan.

8:26 AM

(0) Comments

Menyandar harapan pada Pakatan Rakyat hapuskan PPSMI!

Isu PPSMI perlu perhatian semua pihak -Prof Dr Awang Sariyan


Prof. Dr Awang Sariyan, salah seorang tokoh bahasa yang lantang serta tidak putus-putus menyuarakan bantahan mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Sekali lagi Harakah mendapatkan pandangan beliau mengenai isu terkini. Ikuti temubual Wartawan NYZA AYOB bersama beliau yang juga Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia � China, Universiti Pengajian Asing Beijing baru-baru ini. Dr Awang juga bekas Presiden Persatuan Linguistik Malaysia(PLM).

HARAKAH: Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Hishamudin Tun Hussin mengatakan akan meneruskan dasar PPSMI ini walaupun mendapat bantahan daripada pejuang bahasa. Apa respons Prof?

PROF. DR AWANG SERIYAN: Soal ada ugutan atau tidak, beliau mesti berfikir secara rasional. Bukan ertinya meneruskan pelaksanaan tersebut disebabkan ada ugutan. Jika tidak ada ugutan pun dia harus menghentikan juga pelaksanaan PPSMI itu kerana rasional telah diberikan. Kajian telah dibuat, pandangan telah diberikan baik dari segi falsafah, dari segi dasar negara dan dari segi amalan atau praktiknya PPSMI itu tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Bahkan ia akan menjerumuskan kita kepada satu bencana. Jadi, tanpa ugutan pun dia patut berfikir secara rasional dan menghentikan dasar yang tidak betul itu. Dasar itu tidak betul dari segi dasar negara kerana bertentangan dengan Dasar Kebangsaan, Akta Pendidikan 1986 serta akta-akata lain termasuk Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada pandangan Prof, adakah tindakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi bantahan dasar ini, betul-betul dapat mendesak kerajaan untuk memansuhkan PPSMI ini?

Boleh atau tidak itu soalan kita. Ini kerana kuasa eksekutif itu terletak di tangan kerajaan yang memerintah. Kita ada amanah dan tanggung jawab serta pandangan. Dan ini mesti dilihat secara serius sebagai satu sumbangan pemikiran. Kalau pemikir dan ahli ilmu tidak lagi dihormati, kerajaan mestilah berani menanggung akibat seperti dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud "Apabila ahli ilmu tidak lagi dihormati,tibalah saat kehancuran sesuatu bencana itu".

Itu amaran yang diberikan dalam al-Quran. Kita memang tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan dasar tersebut tetapi kita hanya boleh mendesak atas dasar ilmiah serta atas dasar rasional.

Jadi, mereka mesti membuka pintu hati walaupun hati telah tertutup, tetapi masih ada ruang untuk membuka pintu hati bagi memikirkan rasional PPSMI itu dihentikan.

Saya berharap dengan adanya gerakan seperti ini bagi membentuk perarakan mengadap Yang Di Pertuan Agung dan perarakan keranda 152 oleh Gapena, diharap akan menjadi satu bentuk momentum daripada usaha kita selama ini.

Yang mana usaha kita selama ini dengan pelbagai cara seperti bantahan melalui seminar, melalui memorandum serta pertemuan secara bersemuka dengan pemimpin-pemimpin.

Tidakkah langkah yang diambil ini agak lewat?

Hishamudin pernah menyatakan dahulu, kenapa sekarang kumpulan-kumpulan ini membantah. Gerakan ini tidak boleh dianggap satu gerakan yang lewat kerana sejak dahulu lagi kita berjuang mempertahankan isu ini. Tetapi kita berbudi bahasa.

Kita bercakap secara ilmiah serta berunding secara halus. Tetapi jika itu juga tidak difahami, ada usaha yang lebih dapat membuka mata mereka iaitu dengan gerakan secara lebih agresif, tetapi masih dalam lingkungan undang-undang.

Kita melaksanakan himpunan 'halal' dan diharap akan diberi permit. Ini merupakan perhimpunan suara rakyat bukannya perhimpunan menentang kerajaan. Jika mereka faham, perhimpunan ini sebenarnya menyokong kerajaan kerana mempertahankan dasar negara. Jika kerajaan salah bertindak, kita mesti tegur kerana itulah peranan ahli ilmu atau pemikir.Nanti kita pula dituduh tidak memberi pandangan.

Ada yang berpandangan pihak lain tidak boleh mengubah dasar ini kecuali Umno sendiri...

Kita tidak mengatakan Umno sahaja boleh ubah tetapi kerajaan yang memerintah. Jadi, kerajaan sekarang adalah Barisan Nasional (BN). Sepatutnya semua parti dalam Barisan Nasional bermuhasabah dan meneliti kesilapan yang telah berlaku. Seterusnya mereka harus kembali kepada dasar yang betul. Kuasa di tangan kerajaan.

Harapan Prof terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan BN yang akan menerima memorandum daripada Gerakan Mansuhkan PPSMI ini pada 15 Januari ini di Kuala Terengganu Ketika berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu?

Harapan saya ialah agar pemimpin ini akan berfikir secara rasional dan menerima kebenaran. Sebenarnya apa yang dikemukakan dalam memorandum ini adalah perkara yang telah bertahun-tahun kami kemukakan sejak PPSMI dijadikan dasar pada 2002.

Memorandum daripada kami ini harus dilihat ikhlas daripada pejuang bahasa, cendikiawan, pemikir dan ahli ilmu. Ia tidak harus dianggap remeh dan tidak menghormati pemikir-pemikir yang sebenarnya dihasilkan oleh negara untuk membantu negara.

Kalau mereka meremehkan ilmu budayawan dan cendikiawan, ertinya negara ini tidak memerlukan golongan cendekiawan dan ahli ilmu. Dan mungkin hanya memerlukan ahli ekonomi sahaja.

Sudah berkali-kali Prof membangkitkan isu PPSMI ini. Mungkin ada lagi yang masih terbuku di hati Prof mengenai isu ini setelah berkali-kali menyuarakan tentangan dan bantahan?

Saya sudah lama dan banyak kali meluahkan mengenai isu ini. Hingga tidak tahu apa lagi yang hendak dinyatakan. Cuma apa yang dapat saya nyatakan lagi, kita jangan melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan dasar yang telah diputuskan sendiri.

Kita yang cipta dasar itu tetapi kita yang menentang. Ini adalah munafik. Kita yang membuat dasar itu, iaitu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan sendiri. Kenapa itu pula yang dilanggar?

Harapan Prof?

Saya berharap mereka (BN) jangan menjadi golongan hipokrit, lain yang dibuat lain yang dilaksanakan.

3:47 PM

(0) Comments

Ingat Allah ketika mengundi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Wamli

MENJELANG HARI MENGUNDI PRK P36 KUALA TERENGGANU 17 JAN 2008

Ikuti temu bual Lan Jusoh bersama Tuan Guru Dato Nik Aziz seperti yang
dipetik dari laman Harakahdaily


"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

PILIHAN raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.

Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu.

HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.

Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-berzaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.

Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.

Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.

Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.

Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.

Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.

Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.

Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?

Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.

Kita perlu solat hajat?

Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.

Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?

Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.

Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih?

Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu.

Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat?

Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan.

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik?

Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan.

Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal?

Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud.

11:44 PM

(0) Comments

Tinjauan Umum: Calon PAS mendahului

Thu | Jan 15, 09 | 11:15:01 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (HRKH)- Menurut tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 14 Januari 2009 melalui laman webnya: http://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu calon PAS mendahului sebagai calon pilihan di Kuala Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat undian sebanyak 73.3 peratus manakala Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 23.3 peratus, dan Saudara Azharuddin Mamat @ Adam (bebas) sebanyak 3.3 peratus
Walaupun dari tinjauan ini rata-rata pengundinya bukannya pengundi sebenar dari Kuala Terengganu. Namun begitu, ia menggambarkan pilihan orang ramai terhadap calon yang bakal dipilih nanti.
Kebanyakkan pembaca laman web Berita Harian lebih yakin dengan calon PAS walaupun akhbar itu sendiri memberi gambaran berat sebelah terhadap beliau.
Berita Harian selaku media yang berpihak kepada kerajaan seharusnya akur dengan kehendak pembacanya sendiri dan sedar bahawa berita berat sebelah terhadap calon PAS sedikit pun tidak berjaya merubah kehendak orang ramai yang mahukan seorang pemimpin yang mempunyai rekod cemerlang sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, undian yang sama telah dibuat oleh laman web terkenal Yahoo.com.my. Peratusannya juga mendapati pengundi lebih memihak kepada calon PAS iaitu sebanyak 58 peratus menyaingi calon BN dengan peratusan 22. Calon bebas pula mendapat dua peratus manakala lebih 19 peratus pembacanya tidak tahu atau tidak kisah perihal perjalanan pilihanraya kecil ini.

11:34 PM

(0) Comments

2 Hari lagi PRK P36 Kuala Terenganu -Apa Kata Jeff Ooi

Pangkah BN, ambil gambar kertas undi, dapat RM1,000


KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) - Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com

Berikut ialah alih bahasa bebas bloggger Penarik Beca (penarikbeca.blogspot.com) kepada sebahagian dari posting Jeff bertajuk "Kuala Terengganu... Buy-election".

"Perkataan "buy-election" bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.

"Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasatnya. Saya tetap memberi tumpuan kepada ceramah dan melawat para pengundi.

"Selain dari makan malam untuk 80 meja yang yang ditaja oleh Gerakan, seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu yang melawat pasar dengan gerombolannya dikatakan sengaja membayar RM200 untuk sebiji betik dan memberitahu penjual buah berkenaan supaya menyimpan bakinya.

"Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan BN membeli dan memaksa undi. Undi dibeli dengan harga dari RM300 hingga RM400 (lihat berita Malaysiakini "Anwar accuses government of vote-buying").

"Tetapi penduduk tempatan memberitahu saya, tawaran telah meningkat sehingga RM1,000 bagi setiap undi.

"Tersebar cerita bahawa seseorang pengundi dikehendaki menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar kertas undi yang telah pun dipangkah untuk calon BN sebelum beliau boleh mengambil sogokan RM1,000 itu.

"Teknologi digunakan untuk memastikan seseorang pengundi benar-benar mengundi calon BN kerana sebelum ini pembangkang menyuruh para pengundi mengambil wang dari BN tetapi mengundi pembangkang.

"Umno juga menganjurkan cabutan bertuah untuk menarik orang ramai menghadiri ceranmah-ceramahnya. Hadiah cabutan bertuah tersebut termasuk motosikal dan TV bersaiz besar.

"BN juga menggunakan kekuatan kewangannya dengan membeli ruang iklan dalam akhbar bagi edisi Pantai Timur (tidak sampai RM2000 untuk setengah muka hitam putih). Untuk memastikan iklan-iklan kempen tersebut sampai kepada para pengundi dengan lebih meluas, tiga akhbar berbahasa Cina yang berlainan diberikan apabila seseorang membeli akhbar.

"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan sejak 20 jam lalu, sentimen para pengundi Cina memihak kepada calon PAS". _

9:52 PM

(0) Comments

Pekerja Pakatan perlu bersih

Wamli

Menjelang 2 hari lagi Prk P36 kuala Terengganu

Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah adalah berkait rapat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa pejuang Islam tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhlak dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat seperti ikhlas, istiqomah, taat, berdisiplin, ukhuwwah, kerahsiaan, tidak leka dengan pencapaian yang ada, menunaikan janji dan beriltizam dengannya, tidak melampau dan akhirnya kita perlu dan wajib percaya dengan janji dan pertolongan dari Allah.

Apabila umat Islam dari dulu hingga sekarang yakin dengan prinsip yang disebutkan di atas, Allah sentiasa menganugerahi tentera Islam dengan kemenangan yang gemilang dan tidak mustahil perkara yang sama juga diberikan Allah kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Kuala Terengganu yang sekarang sedang berperang secara damai "muwajahah Silmiah'melalui sistem pilihanraya.
Seterusnya Sayyidina Umar r.a pernah berkata,apa yang paling aku takut ialah dosa-dosa tentera Islam sendiri berbanding kekuatan musuh Islam. Mungkin, semua itulah yang menghalang rahmat Allah daripada menaungi perjuangan dan pergerakan kita....
Walaupun peristiwa itu telah lama terjadi dan lama dipraktikkan oleh tentera Salehudin Al Ayubi ketika hendak menawan Baitul Maqdis dari tangan Yahudi, perkara yang sama perlu dikekalkan oleh pengundi, pekerja dan penyokong Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dua hari lagi.Para pimpinan PAS sentiasa berpesan sejak dulu lagi betapa jamaah Islam dan pendokongnya perlu sentiasa menjaga dan mengikuti adab dan dasar Islam yang didokongi.
Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Akhirnya setelah kita berpuas hati dengan kerja yang dilakukan semasa tempoh kempen maka marilah kita sama-sama berdoa dan sentiasa menunaikan solat hajat agar Allah memberi kemenangan kepada pakatan rakyat di dalam pilihanraya nanti.

Allahu Akbar.

11:36 AM

(0) Comments

Sama-sama memohon pertolongan Allah untuk Warga Palestin dan Umat Islam

Wamli





Di seluruh dunia termasuk Malaysia umat Islam bangkit mengadakan demonstrasi bagi membantah kebiadaban askar yahudi Israel membunuh kanak-kanak dan rakyat Palestin yang tidak berdosa.Sms-sms agar kita semua membaca beberapa ayat dari surah Al Fath dan bersolat hajat bagi menolong warga Palestin terus diterima semua orang. Selain dari bersolat hajat di masjid, surau dan di tempat-tempat awam, umat Islam dipohon untuk menyumbangkan derma kepada parti-parti politik,badan-badan NGO dan individu- individu yang menganjurkan tabung derma kemanusiaan .Sumbangan material dan doa ikhlas kita sekurang-kurangnya dapat meringankan beban zahir dan batin umat Islam palestin dalam mempertahankan bumi mereka dan bumi para Nabi itu.
Ingat dan sentiasa ingatlah kita akan sebuah hadis, riwayat Abu Hurairah RA, ertinya, Nabi SAW bersabda… ‘Tiap-tiap luka yang menimpa seseorang Muslim di jalan Allah nescaya lukanya itu di hari kiamat tetap seperti ketika dia ditikam mengeluarkan darah. Warnanya warna darah, tetapi baunya bau kasturi. (Bukhari dan Muslim)’

Allhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

3:29 PM

(0) Comments

Simpati untuk Gaza dan Doa kekuatan jihad untuk umat Islam

Wamli

Walaupun diserang bertubi-tubi, rakyat Palestin terus bangkit dan sebenarnya mereka beruntung kerana mereka menyahut seruan jihad tanpa takut biarpun mereka tidak mempunyai senjata yang cukup dan menyedari bahawa pada akhir zaman umat Palestin akan diberi kekuatan menentang Yahudi seperti mana maksud hadith
"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.

Sehingga hari ini laporan berita telah dipetik bahawa Israel terus menerus membedil Gaza dan sekurang-kurangnya 800 orang yang tidak berdosa telah terbunuh sejak musuh Islam yang disokong Amerika itu melancarkan serangan agresif terhadap wilayah itu, dua minggu lalu.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein, berkata jumlah itu tidak termasuk 3,330 mangsa yang cedera sejak tentera Israel mengebom bahagian pesisir pantai Gaza yang menempatkan markas Hamas.

Di pihak Israel pula, lebin 10 askarnya dilaporkan terbunuh manakala tiga orang awam pula turut maut akibat serangan roket dan mortar yang dilancarkan Hamas, khususnya di selatan Israel.


Di Malaysia,sambil kita berdemostrasi marilah kita bersama-sama mendoakan agar pejuang Hamas dan seluruh rakyat Palestin diberi kekuatan ruh Jihad menentang Israel.

12:19 PM

(0) Comments

Semakin Dekat semakin Sibuk

Wamli


Selepas bertemu dengan sahabat-sahabat ALK KOPAS (En Azmi Maarof-pengerusi ,Hj Omar Sidek-Tim pengerusi,En Ad Rahman Said,En Abdullah Mamat dan lain-lain) dalam taklimat perniagaan sarang burung dan product Depu bersama Hj Che Ghani Ambak beberapa hari lepas, masa saya agak sibuk sedikit.Di rumah saya masih sempat menerima tamu dan baru beberapa hari lalu Tuan Hj Omar Sidek datang berjumpa dan berbincang beberapa perkara mengenai ruang lingkup di Setiu.Selepas menyelesaikan beberapa perkara peribadi yang dilakukan serupa orang lain menjelang awal tahun buka sekolah,saya baru terfikir sudah hampir lima hari saya tidak mencatatkan sesuatu pada ruangan ini.Kawan-kawan juga ramai yang bertanya ke mana perginya saya dalam seminggu ini baik dari rakan politik mahu pun rakan kenalan biasa yang lain.Entahlah... saya sempat menjawab mesej atau panggilan telefon sahaja, ke mana pergi, saya tidak detailkan kepada sesiapa dan bagi saya setelah lama hidup berjuang tidak kira dalam apa bidang sekali pun pastinya kita akan sentiasa terus berjuang.

Dalam pada itu seminggu ini saya sering berulang alik ke Kuala Terengganu dan sepanjang di sana sempat berjumpa sahabat dan juga kawan sambil meninjau suasana semasa menjelang PRK p36 Kuala Terengganu.Apa yang saya ingin gambarkan di sini ialah betapa ceria,ikhlas dan bersemangatnya jentera PAS dan Pakatan dalam menjalankan arahan gerakerja pilihanraya seperti yang diamanahkan oleh pimpinan.Nampak jelas perbezaan dengan jentera Bn yang datangnya mereka ke Kuala Terengganu pun terpaksa diangkut dan disupport dengan kewangan yang agak besar juga,ini ternyata selepas saya meninjau kedudukan pusat operasi mereka yang terletak di sekitar hotel 4 5 bintang.Beberapa individu serta kawan lama yang saya temui mengatakan calon-calon yang bertanding kerusi MT Umno pada Mac nanti terpaksa bekerja kuat demi menjaga survival politik Dato Najib sementara yang bukan pro Najib mereka seperti biasa sahaja....Banyak cerita lain lagi yang tak ingin saya catatkan pada ruangan ini...

Beberapa hari dan sepanjang membuat kunjungan biasa di kedai-kedai kopi dan pusat perniagaan khususnya yang bersais iks sekitar Kuala Terenganu, saya melihat betapa gembira pemiliknya melayan pelanggan yang tidak putus-putus berkunjung ke tempat mereka, dan ada cakap-cakap yang tidak menyenangkan mengatakan kalau begini ramainya orang setiap kali ada pilihanraya kecil kalau ada kematian YB sebulan sekali pun tak apa lagi maju perniagaan saya..rakyat lagi suka...(semuga sekadar cakap saja bukan sungguh) .

Pada mereka walaupun Terengganu terkenal dengan negeri kaya dan hasilnya banyak,selama ini rezeki yang tumpah tidaklah sebanyak seperti suasana sekarang biar pun beberapa bulan dulu beberapa 'event' baru saja berlangsung termasuk kejohanan Moonsun Cup yang memakan banyak belanjanya itu..Betul juga kata kawan-kawan saya yang sempat mencelah beberapa perbualan pemilik warung yang dikunjungi.. Ada juga pengunjung warung di sebelah mencelah nakal mengatakan kemungkinan semasa BN perintah 4 tahun lepas ramai rakyat berbelanja dan minum di hotel-hotel mewah bagai cendawan tumbuh di musim hujan banyaknya di Kuala Terengganu..Kami hanya ketawa kecil saja.

Saya bukan bersetuju dengan "doa" yang tak berapa bagus tadi tetapi saya terfikir dulu ada orang Bn yang kata rakyat terselamat dari sengsara 4 tahun di bawah kerajaan PAS bukan 50 tahun bersama Umno, tetapi mereka lupa Umno dah perintah balik 4 tahun lepas (2004-2008) kenapa masih ada projek kilat diumum oleh pembesar-pembesar politik kerajaan yang berkunjung ke Kuala Terengganu dalam edah menjelang PRK Kuala Terengganu ini seolah-olah mereka juga amat sengsara tambah lagi di bawah MB DatoMat Said..Oh... mungkin duit royalti tak turun kut kata beberapa teman saya lagi.

Akhirnya apa yang sempat saya lihat walaupun Pakatan Rakyat diserang dari segenap penjuru melalui media massa atau ceramah berkelompok BN,rakyat khususnya di kawasan PRK P36 Kuala Terengganu tidak tidak berubah mood mereka malah mereka nampak normal dan ceria seolah-olah tidak sabar-sabar meluahkan hati mereka melalui peti undi nanti .Tinjauan mendapati ramai yang sedar rupanya dalam pilihanraya kecil rakyat adalah raja.Kata-kata minta apa dan berapa pun BN akan bagi termasuk barangkali kad pengenalan pengundi pun akan bernilai ribuan ringgit....Rakyat sedar yang mereka diperbodohkan oleh BN selama ini.

Tunggu dan lihat. Bersambung...

11:17 PM

(0) Comments

Hj Wahid Endut Calon Pas Parlimen Kuala Terengganu

Wamli

Oleh kerana kejadian blackout TNB melanda kampung saya, saya dan kawan-kawan tidak dapat menonton siaran langsung ceramah pengumuman calon oleh Dato Presiden PAS malam tadi menggunakan talian streamyx.Sambil menunggu lama di markas saya telah diSMS oleh seorang kawan bahawa YB Mohd Abdul Wahid B Hj Endut telah dipilih sebagai calon PAS PRK P36 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2008 nanti.Saya terus pulang ke rumah untuk membaca berita terkini melalui harakahdaily pada jam 11-00 pm tetapi post berita mengenai calon belum keluar lalu bila saya cuba pula ke utusan online saya tercengang kerana post mereka mengenai calon PAS telah tersiar pada jam 11.02 pm lagi.Selepas membacanya saya ke harakahdaily sekali lagi dan saya tersenyum kerana post berita calon PAS baru tersiar pada jam 11.05 pm.

Untuk pengetahuan pembaca, setelah acap kali saya membuat pemerhatian nampaknya harakahdaily sering lewat dan selalu ketinggalan dalam menyiarkan post berita-berita panas semasa.... apa pun selamat membaca...

ADUN Wakaf Mempelam calon Pas Parlimen Kuala Terengganu

01/01/2009 11:02pm
KUALA TERENGGANU 1 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut dipilih sebagai calon Pas bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.Pemilihan beliau diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Stadium Negeri di sini malam ini. - Utusan

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
Khairul Azlam dan Intan Abdullah
Thu | Jan 01, 09 | 11:05:26 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi.Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm

(berita lanjut menyusul)_