12:25 AM

(0) Comments

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang


TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu9 Teluk Kemang sebentar tadi.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

ImageLebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. _

8:08 PM

(0) Comments

14 Dalil Kenapa UMNO Dan Barisan Nasional Akan Kalah



Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333.Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya condong kepada UMNO dan Barisan Nasionaldimana pengundi masih belum nampak isu dan kepincangan UMNO dan BN serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu menyerlah dan diyakini oleh pengundi.

Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO dan BN atau sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi UMNO dan Barisan Nasional dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO dan Barisan Nasional di Bagan Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN di Kuala Trengganu? Walaupun UMNO dan BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu Pakatan Rakyat. Antara 14 dalil berkenaan ialah :-

1. KENAIKAN HARGA PETROL

Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos tambang taksi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar. Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah diterima oleh pengundi.

2. KOS HIDUP RAKYAT YANG TINGGI

Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol mendapat subsidi 30 sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30 sen tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan sistem double standard?

3. KRISIS POLITIK DIPERAK

Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,

4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK

Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara. Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan dengan permasahan politik negara. Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.

5. MAHKAMAH HENDAKLAH BEBAS

Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan dibawah Perdana Menteri Malaysia.

6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE

Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri. Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang disiasatnya menerima budi.

7. POLIS PUN MESTI BERKECUALI

Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan, polis cuma jaga keselamatan mereka.

8. RASUAH POLITIK WANG

SPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk Seri Mohd. Ali Rustam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin didapati merasuah wang? Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang. Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa? Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?

9. PERANAN MEDIA ARUS PERDANA

Media Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya. Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.

10. KONTROVERSI KES LIWAT ANWAR

Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal Saiful Bukhari Azlan pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah. Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh politik UMNO.

11. AKTA ZALIM ISA TERUS DIKEKALKAN

ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara. Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.

12. KRISIS DALAM KOMPONEN BN, MCA

Krisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut dibekukan accountnya dan disiasat. Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran negatif.

13. SIKAP SURUHANJAYA PILIHANARAYA

SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para pengundi.

14. SEMANGAT PERKAUMAN MAINAN BN

Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu. Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa asing. Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi. Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan, kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka tahu mereka akan kalah.

7:22 PM

(0) Comments

Kenyataan media Khalil Idham Lim - ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang yang dipanggil Speaker Haram.

Wamli



Sebagaimana yang telah disahkan oleh YAB. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Mohamaad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Negeri, Dato' Ngeh Khoo Ham bahawa semua 28 orang ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam Sidang DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker Haram,Ganesan. Dengan ini saya sebagai Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan ini juga mengesahkan semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir
dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan dengan alasan seperti berikut :-

1. Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas. Semua sudah maklum beliau dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

2. Sehubungan dengan itu saya ingin tegaskan tidak ada Speaker yang lain yang sah di Perak melainkan V.Sivakumar, seterusnya tidak ada panggilann sidang yang sah melainkan oleh beliau dan saya tegaskan Persidangan DUN yang dilakukan di bawah pokok pada 3 Mac, Sidang dalam Dewan pada 7 Mei dan Sidang di hotel pada 2 Sep. semuanya sah dan dihadiri oleh ADUN pakatan Rakyat kerana dipanggil oleh Speaker yang sah.

3. Ganesan adalah "perasit" baru yang menambah kusutkan masalah di Perak. Sebenarnya beliau perlu sedar bahawa dia diperkudakan demi mencapai hasrat BN walaupun ianya jelas melanggar undang-undang yang sedia ada. jauh sekali dari menunjukkan taring tumpulnya untuk memaksa kami hadir dalam sidang yang akan dipanggilnya.

4. Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker, dan saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah.

5. Berarti secara kenyataannya Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka.

6.Dengan itu saya membantah kenyataan Ganesan yang disiarkan dalam Sinar Harian bahawa dia Speaker Perak yang sah.

7. Saya mempersoalkan kenapakah Ganesan sangat takut dengan kenyataan ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir sidang sehingga mengugut kami untuk diambil tindakan, yang jelas Ganesan faham bahawa panggilannya tidak sah dan ugutannya tidak berarti kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah.


YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak PR./
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

8:49 AM

(0) Comments

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI

Wamli

ASSALAMUALAIKUM...

Kepada semua keluarga,sahabat dan kawan khususnya warga http://ganu87.ning.com saya dan suami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya I`dilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kullu Amin Waantum Bikhair....

Saya akan update laman ini selepas Raya 6 nanti... InsyaAllah

1:09 PM

(0) Comments

GMI sambut pembebasan penuh persoalan

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Ekoran pembebasan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Biarpun bersyukur dan menyambut baik keputusan kerajaan, namun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap isu sebenar akta tersebut masih belum terjawab.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI melihat pembebasan tersebut penuh dengan keraguan.

Persoalan- persoalan teras terhadap kezaliman akta itu belum dijawab kerajaan biarpun berlaku pembebasan.

Antara yang perlu dijelas kerajaan katanya adalah berhubung asas penahanan, kesalahan dilakukan sehingga ditahan lapan tahun sebelum dibebaskan serta kenapa berlaku pembebasan terpilih.

"Kita menyambut baik, gembira dan bersyukur bagi pihak tahanan dan keluarga dengan pembebasan ini. Namun kita tetap persoal beberapa benda pertama kenapa ditahan awal dulu, kenapa baru sekarang dibebaskan, dan kenapa lima orang sahaja dibebaskan? " soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

ImageMenurtnya, mangsa tahanan yang telah dibebaskan perlu diberitahu kesalahan mereka. Sekiranya tiada bukti jelas kesalahan tersebut dilakukan, mangsa perlu diberi pampasan setimpal dengan kesengsaraan yang ditanggung selama tempoh tahanan dalam penjara.

Katanya lagi, sehingga berita ini ditulis, GMI masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh kementerian berhubung pembebasan tersebut. GMI setakat ini hanya mengetahui perkembangan terbaru itu melalui media dan isteri salah sorang tahanan yang dibebaskan melalui panggilan telefon.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim memberitahu beliau yakin tindakan kerajaan itu adalah hasil kejayaan rakyat yang tidak pernah berhenti memberi tekanan kepada pihak kerajaan dalam usaha menuntut pemansuhan akta yang di dakwanya zalim itu.

GMI yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah menggerakkan rakyat secara berterusan membantah kewujudan ISA. Kali terakhir himpunan terbesar dianjurkan mereka 1 Ogos lalu di ibu negara turut disertai kesemua parti politik pembangkang dan lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan NGO.

"Ini hasil usaha gigih dan berterusan GMI bersama rakyat dan saya percaya kemuncak himpunan 1 Ogos lalu telah memberi kesan," katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein semalam mengumumkan pembebasan lima tahan ISA yang ditahan antaranya hampir lapan tahun.

Kesemua mereka adalah Mat Sah Mohamad Satry, Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Pembebasan tersebut kata menteri berkenaan dibuat setelah mendapati kesemua mereka telah insaf dan bersempena Hari Raya Puasa, tidak lama lagi.

Biarpun dinafikan, banyak pihak yakin ia ada kaitan menjelang Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang bulan depan.

Mengulas kenyataan itu, Syed Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataanya bahawa sebab pembebasan yang diberikan Hishamudin tidak konkrit dan meragukan.

Persoalan kenapa ditahan, terbuktikah kesalahan dan kenapa perlu sampai lapan tahun, masih belum terjawab.

Dengan persoalan yang belum terjawab itu katanya, GMI yakin hasrat kerajaan meminda akta tersebut sukar untuk diharapkan.

" Kenyataan Hishamuddin memberi gambaran iklim ISA ini penuh ketidak tentuan."

"Janji pindaan akta juga nampaknya kabur selagi rakyat boleh ditahan tanpa bicara dengan kuasa menteri dan polis," katanya.

Perjuangan GMI katanya akan diteruskan selagi ISA wujud. Mengikut rekod mereka, baki tahanan selepas lima dibebaskan semalam adalah seramai 12 orang.

Berbeza dengan laporan kementerian bahawa hanya sembilan masih ditahan.

" Mengikut maklumat GMI, masih ada 12 orang ditahan, berbeza dengan sembilan dalam rekod kementerian. Mungkin ada pembebasan dibuat sebelum ini tetapi kita tidak dimaklumkan," katanya. _

9:02 AM

(0) Comments

Tidak boleh campur tangan, Mahkamah tolak saman Sivakumar


IPOH, 9 Sept: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membatalkan dengan kos permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Selain itu Hakim, Datuk Azahar Mohamed juga memutuskan mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman tersebut kerana tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN pada persidangan tersebut.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya sebelum ini turut memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Keputusan mahkamah hari ini juga dilihat satu penjelasan besar terhadap krisis perlembagaan negeri Perak.

Ianya memberi faham bahawa semua perkara berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak yang sedang dipersoalkan di mahkamah mestilah dihentikan supaya tidak melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

ImageDalam perkembangan lain, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar ketika diminta mengulas gesaan supaya Ganesan mengambil tindakan terhadap ADUN pakatan yang bersidang pada 2 September lalu berkata, ianya sia-sia kerana Ganesan tidak mempunyai apa-apa kuasa berbuat demikian.

"Dia tak ada 'locus standi'. Dia bukan speaker, dia juga bukan pengerusi Hak dan kebebasan DUN perak. Atas dasar apa dia nak ambil tindakan," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Gesaan itu sebelum ini dilontarkan ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dari BN yang menganggap tindakan ADUN Pakatan yang mengadakan persidangan tersebut sebagai mencemar imej negeri dan tidak menghormati perintah mahkamah.

Selain beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin juga turut menasihatkan pakatan Perak supaya berhenti melakukan sebarang desakan kerana mahkamah telah memutuskan BN sebagai kerajaan sah memerintah negeri Perak.

Tindakan melakukan sebarang desakan seperti sidang DUN 2 September lalu kata Muhyidin, hanya sia-sia.

Nizar ketika mengulas kenyataan itu berkata, Muhyidin seharusnya mendapat maklumat tepat dari penasihat undang-undang beliau sebelum mengulas isu Perak.

"Dia tidak dinasihatkan oleh penasihat undang-undangnya dengan baik agaknya. Mahkamah persekutuan putuskan untuk dengar permohonan saya mencabar perlantikan Zambry pada 5 November ini, jadi macamana dia boleh keluar kenyataan mendahului keputusan mahkamah. Dia perlu rujuk penasihat dia," ujarnya.

Berhubung tindakan lanjut terhadap Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong yang dihukum penjara pada sidang DUN tempoh hari, Nizar berkata ianya kini terserah kepada pihak polis.

"Mereka sepatutnya mengambil tindakan. Kalau ambil tindakan bermakna mereka hormat kepada keputusan DUN, kalau mereka tak ambik tindakan bermakna mereka adalah alat Umno dan menghina DUN Perak," katanya.

Pada Sidang DUN di Hotel Heritage Ipoh 2 September lalu, Speaker V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Ianya berikutan tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.

Selain bukan berjawatan seorang ADUN, Ganesan juga dilihat duduk di meja BN dan Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.

Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.

3:39 AM

(0) Comments

Umno pertahankan perkauman PAS tidak akan bersama

Wamli

PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin._