9:22 AM

(0) Comments

Senarai AJK Utama Pemuda , Muslimat PAS Negeri dan PAS 8 Kawasan di Terengganu

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu telah selesai mengadakan muktamar tahunan masing-masing. Dalam pemilihan pemimpin baru bagi sesi 2009/2011, kedua-dua dewan telah memilih pimpinan utama yang baru.

Dewan Pemuda telah mendapat ketua baru apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dipilih ke jawatan itu. Ustaz Mohd Nor sebelum ini adalah Naib Ketua.

Setiausaha Dewan Pemuda sesi lepas, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula dipilih sebagai Timbalan Ketua. Sementara Naib Ketua pula diamanahkan kepada Ustaz Rudzuan Hashim, yang juga Ketua Dewan Pemuda Kawasan Kuala Nerus.

Jawatan-jawatan utama lain dalam Dewan Pemuda ialah Setiausaha (Wan Mohd Faizul Wan Abas), Bendahari (Ahmad Saufi Chik) dan Ketua Penerangan (Ustaz Mohd Hanafi Abdul Aziz).

Sementara di peringkat Dewan Muslimat pula, Cikgu Safinah Jusoh, Timbalan Ketua sesi lalu dipilih sebagai Ketua baru. To' Puan Aminah Muhammad dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Hajah Zarani Othman sebagai Naib Ketua.

Cikgu Raja Endun Raja Abd Rahman dilantik sebagai Setiausaha, To' Puan Zaitun Salleh (Bendahari) dan Hajah Hazezah Mohd Zin (Ketua Penerangan).


Sementara itu keseluruhan lapan PAS Kawasan di negeri Terenganu juga telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing . Enam Kawasan mengekalkan Yang Dipertua lama manakala dua Kawasan iaitu Kawasan Besut dan Kawasan Marang telah memilih YDP baru masing-masing diketuai oleh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Tuan Haji Yahaya Ali.

Berikut adalah senarai penjawat utama bagi setiap PAS Kawasan :-

BESUT:
Yang Dipertua: Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Timbalan Yang Dipertua: Haji Mohd Hassan Salleh
Naib Yang Dipertua: Ustaz Adam Mat Said
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Zin Hassan
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Mohd Zulkifli Abd Kadir
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Napisah Ismail

SETIU:
Yang Dipertua: Ustaz Mohd Pauzi Muda
Timbalan Yang Dipertua: Tengku Ahmad Tengku Husain
Naib Yang Dipertua: Ustaz Saharizukirnain Abd Kadir
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hj. Hasbullah Bin Mat
Ketua Dewan Pemuda: Mohamad Nazari Alias
Ketua Dewan Muslimat: Wan Ramlah Wan Abd Rahman

KUALA NERUS:
Yang Dipertua: Ustaz Abu Bakar Abdullah
Timbalan Yang Dipertua: M. Shukrimun Shamsudin
Naib Yang Dipertua: YB Dr Alias Razak
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ismail Che Dagang
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ridzuan Hashim
Ketua Dewan Muslimat: Ustazah Tengku Aminah Tengku Alias

KUALA TERENGGANU:
Yang Dipertua: YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timbalan Yang Dipertua: YB Dato' Tengku Hassan Tengku Omar
Naib Yang Dipertua: Ustaz Ariffin Deraman
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hamzah Ngah
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Ahmad Kamal Ali
Ketua Dewan Muslimat: Shamsiah Abu Bakar

MARANG:
Yang Dipertua: Haji Yahaya Ali
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ahmad Maarof Ismail
Naib Yang Dipertua: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Hashim Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Zarani Othman

HULU TERENGGANU:
Yang Dipertua: YB Dato' Harun Taib
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Ismail Osman
Naib Yang Dipertua: Ustaz Mohd Razki Alias
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Jusoh Othman
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Hamazah Mohd Latif
Ketua Dewan Muslimat: To' Puan Fatimah Ibrahim

DUNGUN:
Yang Dipertua: YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Saiful Bahri Mamat
Naib Yang Dipertua: Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Mohd Suhaimi Daud
Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Jamaluddin Jusoh
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Khairiah Mokti

KEMAMAN:
Yang Dipertua: Haji Ismail Harun
Timbalan Yang Dipertua: Ustaz Alias Hamid
Naib Yang Dipertua: Ustaz Hazri Jusoh
Ketua Urusan Ulama': Ustaz Ali Mohamad
Ketua Dewan Pemuda: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
Ketua Dewan Muslimat: Hajah Rohasni Husain

3:34 PM

(0) Comments

SELAMAT HARI GURU

Wamli

Kepada;

Pimpinan Islam dan Naqibku,
Kedua ibubapaku,
Saudara mara dan kaum kerabatku,
Bekas-bekas guruku,
Rakan guru dan teman seperjuanganku


Terima kasih atas jasa-jasa kalian dengan ucapan " Selamat Hari Guru "



Hayatilah sajak nukilan Allahyarham SN Usman Awang


'Guru Oh Guru'

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

12:49 AM

(0) Comments

Selamat Hari Ibu

Wamli

Sempena Hari Ibu amat wajar direnungi oleh semua....;

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.