10:10 AM

(0) Comments

Kegelojohan 2011

Wamli

Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.
Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.
Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri.

Tidak berminat dalam menjalankan tugas dengan baik

Kami mempunyai banyak contoh;

Pusat Fidlot Kebangsaan lebih berminat untuk menjana wang bukannya untuk mencapai sasaran penghasilan lembu yang cukup berdasarkan wawasan Kementerian Pertanian.
Kenyataan daripada bos NFC sendiri, seperti yang dilaporkan bahawa pulangan pelaburan dalam hartanahlah yang mereka kejar kerana ia lebih menarik dan bukannya meningkatkan bilangan lembu. Beliau juga berkata bahawa jumlah lembu adalah lebih daripada 'cukup' walaupun beliau tidak langsung mempertikaikan penemuan audit.
Masalahnya, dalam usaha menguruskan Pusat Fidlot Kebangsaan, beliau seharusnya berfikir lembu, lembu dan lembu; tetapi sebaliknya dia memikirkan wang, wang, wang.
Sama seperti skandal PKFZ. Mereka juga memikirkan wang dan bukannya mengusahakan perniagaan yang boleh digunakan untuk menjana faedah jangka masa panjang. Keadaan kucar-kacir dalam melaksanakan dan menguruskan projek itu adalah kerana pelaku dan kumpulan yang lebih berminat memikirkan bagaimana mendapatkan sejumlah besar wang dengan mudah.

RM100 bukan untuk membantu tetapi gimik publisiti untuk Najib dan BN

Kerajaan baru sahaja mengumumkan pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, dan bukannya memberikan buku percuma. Ini bakal mencipta kerumitan dan masalah untuk semua orang. Lebih buruk lagi, ini sebenarnya hanyalah gimik iklan percuma untuk kerajaan UMNO-BN untuk menunjukkan mereka "baik hati dan penyayang".
Kerajaan UMNO-BN memberi wang dan wang, wang, wang untuk ibu bapa. Tetapi apabila sudah berada di tangan ibu bapa, apakah jaminan kerajaan bahawa wang itu akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan?

Royalti minyak, Felda, KLMRT dan projek-projek lain

Seterusnya, Kelantan telah meminta wang royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan yang telah memakan satu jangka masa yang agak lama. Malah "wang ehsan" untuk Kelantan dari kerajaan persekutuan itu bukan berada di bawah kawalan kerajaan Kelantan.
Mereka telah kehilangan wang yang sebenarnya hak mereka! Sekarang kerajaan persekutuan cuba untuk mengambil minyak dari perairan di Kelantan dan berita mengenai perkara ini telah dilaporkan sebagai "rompakan terang-terangan kekayaan Kelantan". Di sini, kerajaan UMNO-BN "secara terang-terangan “mencuri" wang Kelantan.
FELDA pula sangat bernasib baik. Walaupun ia telah kehilangan sebahagian besar wang, ia boleh meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion dan kita semua bolehlah andaikan bahwa ia tidak akan dibayar balik. Itu juga wang kita!
Projek mega RM5 bilion, menara 100-tingkat, pembangunan semula tanah Penjara Pudu dan pangkalan udara Sungai Besi tidak berjalan kerana tidak ada wang yang cukup. Begitu juga dengan pengindahan sungai Klang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pihak-pihak berkepentingan dalam projek MRT KL juga mempunyai wang dalam fikiran mereka apabila cuba untuk membangunkan tanah-tanah strategik di sepanjang laluan. Mereka berkata wang itu adalah untuk membiayai projek MRT itu sendiri. Sekarang mereka memutarkan cerita yang berbeza, mereka tidak mempunyai wang.
Akhirnya, rakyat dalam kesusahan
Jadi, adakah lebih baik bagi kita sekiranya kerajaan UMNO-BN kini tidak mempunyai wang yang cukup? Dengan cara yang itu, pemimpin-pemimpin dan sekutu mereka tidak dapat lagi mencuri daripada kita.
Atau ia akan menjadi bencana yang lebih besar bagi kita rakyat, kerana tidak kira apapun, mereka tetap akan mengemis, meminjam atau mencuri untuk skim jana wang mereka terus berjalan? Kerana, apa lagi cara lain untuk mereka mengkayakan diri sendiri jika tidak merompak lebih banyak dana kita yang kita hasilkan dengan titik peluh kita ini?
Dipetik dari Malaysia Chronicle
0 Responses to "Kegelojohan 2011"

Post a Comment