4:53 PM

(0) Comments

Jangan biarkan Tok Guru berseorangan




Kalau perasaan gembira boleh dilahirkan dengan melompat, saya akan melompat setinggi-tingginya untuk melahirkan perasaan itu.

Kegembiraan itu bertambah-tambah lagi apabila tindakan ini dibuat oleh seorang yang berjubah dan berserban dan pernah dilabel dengan pelbagai label negatif oleh saingan politiknya.

Sosok ini pernah berulang-ulang kali berkata, manusia berasal dari sumber yang satu biar pun berlainan agama. Bangsa dan bahasa pula dipengaruhi oleh faktor geografi dan sosial. Bahasa dan bangsa apa pun, semuanya tetap bersumberkan Tuhan semesta alam.

Makan tengahari ini bukan makan tengahari biasa, tetapi ‘makan tengahari dakwah’. Makan sambil berbual mengenai kepentinan manusiawi yang melangkaui segenap sempadan. Beruntung mereka yang dapat makan tengahari dengan sosok berjiwa besar itu.

Saya yakin Umno amat tidak senang dengan langkah ini. Dari segi politiknya, langkah ini mengukuhkan keyakinan non-Muslim terhadap keupayaan PAS untuk mengganti Umno dan PR mengganti BN.

Inilah senjata Umno semenjak sekian lama, menajamkan rasa ngilu antara PAS dan non-Muslim. Sampai ke suatu tahap PAS tidak bersedia tidak meletakkan calonnya di kawasan majoriti non-Muslim dengan keyakinan ‘pasti kalah’.

Namun itu semua kini sudah menjadi kenangan.

Pemimpin Umno memang berdosa kerana membina tembok pemisah antara non-Muslim dengan Islam. Tembok itu diukir dengan slogan-slogan yang menakutkan mereka.

Jangan undi PAS, itu parti Islam. Kalau parti itu menang dia akan buat hudud. Hudud maknanya potong semua, atas dan bawah. Lupakah Umno dengan kerja-kerja hodoh mereka ini?

Provokasi mereka, suatu ketika bukan sekadar menakutkan non-Muslim bahkan Muslim sendiri terhadap Islam dan PAS.

Ya, selama lebih 50 tahun, orang bukan Islam tidak melihat Islam sebagai rahmat untuk mereka. Mereka ‘sinis’ dengan masjid, ‘elergi’ dengan al-Quran dan ‘silau’ dengan Islam. Adakah pemimpin Umno lupa dengan ungkapan, “Kalau nak makan sup tangan, pergilah Kelantan?”

Betullah kata Tok Guru Nik Aziz semasa berucap menutup taklimat isu semasa di MBSA baru-baru ini. “Umno buat kerja mudah, kerja yang dirintis jalannya oleh Inggeris. PAS buat kerja sukar, kerja menyanggah jalan itu.”

Apa yang dapat difahami, kerja menampilkan Islam sebagai rahmat untuk semua bukannya mudah. Islam ‘diekslusifkan’ sehingga bukan sahaja non-Muslim tidak faham Islam, bahkan sebahagian orang Islam juga.

Kononnya mereka buat itu semua kerana sayangkan Islam, hakikatnya memburukkan Islam.

Terima kasih Tok Guru Nik Aziz. Cuma satu harapan saya, jangan biarkan Tok Guru berseorangan dalam usaha ini.

11:42 AM

(0) Comments

PENDIRIAN PAS : BUKAN ISLAM BOLEH GUNA PERKATAAN 'ALLAH' DENGAN BERSYARAT

Wamli





KUALA LUMPUR, Jan 5 — PAS mengambil pendirian “terbuka” dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun parti itu menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi.

Kenyataan itu dibacakan oleh ketua penerangan PAS Pusat Idris Ahmad di ibu pejabat parti itu di sini.

Pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat khas Lajnah Politik yang diadakan di sini malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, “The Herald” menggunakan perkataan itu, Khamis lalu.

Pertemuan yang bermula 9 malam berakhir 11.45 malam tadi. Ia dihadiri oleh 25 wakil dengan sebahagian besar ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu.

Keputusan itu mencetuskan polemik sejak Khamis lalu dengan ada yang mengadakan protes dan membantahnya.

Malah ada juga pihak yang menyifatkannya sebagai amalan biasa penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

Kementerian Dalam Negeri telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan semalam.

Dalam kenyataan itu, Hadi menambah PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu kata beliau PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan dijamin oleh Islam.

Hadi juga berkata PAS sebagai parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

“Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

“Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

“PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi,” katanya.

Pendirian PAS itu hampir sama dengan kenyataan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, kelmarin.

Menurut Nik Aziz, penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun Nik Aziz tidak hadir pada mesyuarat malam tadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nik Aziz berkata, pandangan beliau di Kota Baru kelmarin telah “dimanfaatkan” dalam menyediakan pendirian mereka.

Sementara itu Naib Presidennya Salahuddin Ayub memberitahu pihaknya kemungkinan akan membincangkan isu berkenaan sekali lagi jika memerlukan apabila jawatankuasa pusat PAS bertemu Ahad ini.

“Ini pendirian rasmi kami dan jika ada keperluan kami akan membincangkan lagi,” katanya.

-MALAYSIA INSIDER

9:03 AM

(0) Comments

Dr Maza : Cadangan 6 Garis Panduan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Muslim

i) Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memang...gil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.

ii) Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

iii) Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.

iv) Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.

v) Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.

vi) Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

4:42 PM

(0) Comments

Nama Allah sayang tapi hukumNya diterajang

Hari ini media-media arus perdana yang pro-kerajaan dipenuhi berita kebimbangan pemimpin-pemimpin parti politik Malaysia dan NGO Islam dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Antara yang bersuara ialah ketua sayap pemuda dan wanita Umno, Timbalan Presiden Pas dan mantan PM, Dr Mahathir.

Apabila yang lantang mempertahankan nama Allah ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Dr Mahathir, ia mengundang sedikit rasa kagum dalam diri saya. Saya kagum dengan gambaran ketaatan dan kasih sayang mereka kepada Allah hingga seolah-olah ingin melakukan apa saja bagi mempertahankan nama Allah dan darjat Islam.

Saya kagum kerana Shahrizat yang rambutnya separuh telanjang dan seperti Muslimah yang tidak lengkap berpakaian mengikut norma Islam itu, rupanya sangat sayang kepada Allah. Selama ini saya beranggapan bahawa mereka yang tinggi kecintaannnya kepada Allah akan cuba menampilkan dirinya supaya sentiasa kelihatan seperti orang yang taat kepada perintah Allah. Bukan saja dia perlu menjaga ibadahnya tapi juga etika berpakaian dan pergaulannya. Tapi rupanya ada pengecualiannya. Shahrizat walaupun tidak menggambarkan dirinya sebagai Muslimah yang patuh kepada ajaran Allah, rupanya masih sayangkan Allah.

Begitu juga dengan Dr Mahathir. Mahathir semasa berkuasa dahulu terkenal dengan kelancangannya yang mengkritik hukum Allah, terutama hudud. Beberapa ucapan pedas dan sindiran tajamnya terhadap hukum Allah tidak mungkin dilupakan oleh umat Islam negara ini. Malah, kritikan terhadap hukum Allah juga turut disuarakan pemimpin-pemimpin Umno lain, termasuk Pak Lah dan Najib Tun Razak. Antara beberapa ucapan yang menghina hukum Allah yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin Umno ialah:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) "Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

x) "Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur". (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

Ketika Dr Mahathir dan Pak Lah menjadi PM dahulu, sayap Pemuda dan Wanita Umno serta NGO Melayu pro-Umno tidak pernah melakukan bantahan apabila pemimpin-pemimpin kesayangan mereka pedas mengkritik hukum Allah. Jika hari ini Najib sendiri yang menyatakan beliau menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan nama Allah itu, saya sangat yakin Pemuda dan Wanita Umno tidak akan menyalahkannya. Gambar Pemuda Umno Pulau Pinang mengangkat tangan seolah-olah marah (tapi kebanyakannya nampak relax sambil tersenyum) seperti tersiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini tidak akan kelihatan jika Najib bercakap senada dengan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika UMNO hendak buat bising dalam isu ini, meraka sudah memulakan sejak Dr Mahathir menghina hukum Allah hampir 20 tahun dulu lagi. Mereka juga boleh buat bising apabila Najib meluluskan 10 lesen judi beberapa bulan lalu yang jelas bertentangan dengan hukum Allah. Tapi mereka diam apabila hukum Allah dipermainkan pemimpin mereka kerana mungkin hendak menjaga periuk nasi sendiri.

Begitulah apabila menyebut nama Allah tidak boleh tapi mengingkari perintah Allah dan mempermainkan hukumnya tidak apa. Nama Allah kononnya sayang, tapi hukum Allah depa terajang.

Oleh :Http://pendikargunung.blogspot.com/