9:56 AM

(0) Comments

Tujuh wasiat raja-raja Melayu - Berapa yang tinggal dan tidak di cabul?

Wamli

7 wasiat Raja Melayu

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia) - Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain - Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar. Belum dicabul tetapi nampak tanda-tanda diperalatkan oleh pemimpin UMNO dan BN

  • Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini .- Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.

  • Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.- Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.

  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu- Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.

  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)- Dicabul oleh pemimpin UMNO dan BN.Sekarang semua institusi-institusi Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera berada di bawah penguasaan Perdana Menteri bukan dilantik sendiri oleh Yang DiPertuan Agung di bawah JK Parlimen.

  • Apa Kata Mahfuz Omar ( Naib Presiden PAS ):

    Pihak yang membangkitkan wasiat tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

    "Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

    Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.

    "Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.

    Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

    Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

    "Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

    "Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

    Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

    "Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

    "Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

    Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

    "Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya._

    0 Responses to "Tujuh wasiat raja-raja Melayu - Berapa yang tinggal dan tidak di cabul?"

    Post a Comment