Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010.
Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen.
Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri.
Tidak berminat dalam menjalankan tugas dengan baik
Kami mempunyai banyak contoh;
Pusat Fidlot Kebangsaan lebih berminat untuk menjana wang bukannya untuk mencapai sasaran penghasilan lembu yang cukup berdasarkan wawasan Kementerian Pertanian.
Kenyataan daripada bos NFC sendiri, seperti yang dilaporkan bahawa pulangan pelaburan dalam hartanahlah yang mereka kejar kerana ia lebih menarik dan bukannya meningkatkan bilangan lembu. Beliau juga berkata bahawa jumlah lembu adalah lebih daripada 'cukup' walaupun beliau tidak langsung mempertikaikan penemuan audit.
Masalahnya, dalam usaha menguruskan Pusat Fidlot Kebangsaan, beliau seharusnya berfikir lembu, lembu dan lembu; tetapi sebaliknya dia memikirkan wang, wang, wang.
Sama seperti skandal PKFZ. Mereka juga memikirkan wang dan bukannya mengusahakan perniagaan yang boleh digunakan untuk menjana faedah jangka masa panjang. Keadaan kucar-kacir dalam melaksanakan dan menguruskan projek itu adalah kerana pelaku dan kumpulan yang lebih berminat memikirkan bagaimana mendapatkan sejumlah besar wang dengan mudah.
RM100 bukan untuk membantu tetapi gimik publisiti untuk Najib dan BN
Kerajaan baru sahaja mengumumkan pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, dan bukannya memberikan buku percuma. Ini bakal mencipta kerumitan dan masalah untuk semua orang. Lebih buruk lagi, ini sebenarnya hanyalah gimik iklan percuma untuk kerajaan UMNO-BN untuk menunjukkan mereka "baik hati dan penyayang".
Kerajaan UMNO-BN memberi wang dan wang, wang, wang untuk ibu bapa. Tetapi apabila sudah berada di tangan ibu bapa, apakah jaminan kerajaan bahawa wang itu akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan?
Royalti minyak, Felda, KLMRT dan projek-projek lain
Seterusnya, Kelantan telah meminta wang royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan yang telah memakan satu jangka masa yang agak lama. Malah "wang ehsan" untuk Kelantan dari kerajaan persekutuan itu bukan berada di bawah kawalan kerajaan Kelantan.
Mereka telah kehilangan wang yang sebenarnya hak mereka! Sekarang kerajaan persekutuan cuba untuk mengambil minyak dari perairan di Kelantan dan berita mengenai perkara ini telah dilaporkan sebagai "rompakan terang-terangan kekayaan Kelantan". Di sini, kerajaan UMNO-BN "secara terang-terangan “mencuri" wang Kelantan.
FELDA pula sangat bernasib baik. Walaupun ia telah kehilangan sebahagian besar wang, ia boleh meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion dan kita semua bolehlah andaikan bahwa ia tidak akan dibayar balik. Itu juga wang kita!
Projek mega RM5 bilion, menara 100-tingkat, pembangunan semula tanah Penjara Pudu dan pangkalan udara Sungai Besi tidak berjalan kerana tidak ada wang yang cukup. Begitu juga dengan pengindahan sungai Klang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pihak-pihak berkepentingan dalam projek MRT KL juga mempunyai wang dalam fikiran mereka apabila cuba untuk membangunkan tanah-tanah strategik di sepanjang laluan. Mereka berkata wang itu adalah untuk membiayai projek MRT itu sendiri. Sekarang mereka memutarkan cerita yang berbeza, mereka tidak mempunyai wang.
Akhirnya, rakyat dalam kesusahan
Jadi, adakah lebih baik bagi kita sekiranya kerajaan UMNO-BN kini tidak mempunyai wang yang cukup? Dengan cara yang itu, pemimpin-pemimpin dan sekutu mereka tidak dapat lagi mencuri daripada kita.
Atau ia akan menjadi bencana yang lebih besar bagi kita rakyat, kerana tidak kira apapun, mereka tetap akan mengemis, meminjam atau mencuri untuk skim jana wang mereka terus berjalan? Kerana, apa lagi cara lain untuk mereka mengkayakan diri sendiri jika tidak merompak lebih banyak dana kita yang kita hasilkan dengan titik peluh kita ini?
Dipetik dari Malaysia Chronicle
10:10 AM
Kegelojohan 2011
Wamli
9:51 AM
Ihsan Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur. “Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak? “Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena. “Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain. “Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang. “Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu. “Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat,” kata beliau dengan sinis. Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil. “Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …’macamlah’ negara berada di ambang perang,” kata beliau. Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama. Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara. Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur. Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan. Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling. Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi. “Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini,” selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk ‘membungkus’ UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi. Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso). Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman. Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM). |
11:35 AM
Ihsan dan edit dari Tranungkite :
Dewasa ini, banyak filem telah di hasilkan di tanah air kita yang agama rasminya Islam. Namun, amat sedih seolah-olah Islam dijadikan bahan jenaka dan ejekan semasa mereka ( sebahagian syarikat-syarikat pengeluar filem ) menghasilkan filem mereka.Samada betul atau tidak ,selepas kita menonton filem keluaran mereka ,kita boleh katakan sebenarnya mereka tidak perihatin terhadap Islam atau mereka jelas memusuhi Islam. Selepas iklan raya TV3 tahun lepas yang mendapat bantahan besar-besaran daripada rakyat, pihak perfileman masih tidak putus asa untuk menghina Islam dalam pelbagai cara.Bertambah sedih lagi apabila pihak FINAS sendiri tidak rasa apa-apa apabila adegan yang seperti menghina Islam di bawah ini disiarkan. Mereka tidak menegur atau menapis adegan tersebut seperti merestui pula proses penghinaan Islam ini diteruskan. Begitu juga pelakon-pelakon yang seperti melayu Islam di dalam filem ini yang sanggup berlakon filem arahan David Teoh ini.Bagi saya, jika filem melawak jenakakan bangsa Melayu pun kita tidak boleh terima,apatah lagi jika ia melawak jenakakan Islam agama yang kita cintai.
Adegan Kedua:
Dewasa ini, banyak filem telah di hasilkan di tanah air kita yang agama rasminya Islam. Namun, amat sedih seolah-olah Islam dijadikan bahan jenaka dan ejekan semasa mereka ( sebahagian syarikat-syarikat pengeluar filem ) menghasilkan filem mereka.Samada betul atau tidak ,selepas kita menonton filem keluaran mereka ,kita boleh katakan sebenarnya mereka tidak perihatin terhadap Islam atau mereka jelas memusuhi Islam. Selepas iklan raya TV3 tahun lepas yang mendapat bantahan besar-besaran daripada rakyat, pihak perfileman masih tidak putus asa untuk menghina Islam dalam pelbagai cara.Bertambah sedih lagi apabila pihak FINAS sendiri tidak rasa apa-apa apabila adegan yang seperti menghina Islam di bawah ini disiarkan. Mereka tidak menegur atau menapis adegan tersebut seperti merestui pula proses penghinaan Islam ini diteruskan. Begitu juga pelakon-pelakon yang seperti melayu Islam di dalam filem ini yang sanggup berlakon filem arahan David Teoh ini.Bagi saya, jika filem melawak jenakakan bangsa Melayu pun kita tidak boleh terima,apatah lagi jika ia melawak jenakakan Islam agama yang kita cintai.
Adegan Pertama:
Sekumpulan gangster menaiki sebuah kereta. Tiba-tiba ada Roadblock dihadapan. Mereka kalut mengenakan tali pinggang keledar.
Tiba-tiba mereka berpakaian seperti ulama (pewaris nabi). Mengapa mereta tidak berpakaian seperti paderi kristian atau sami Buddha atau Hindu.
Yang menyedihkan lagi, apabila ditahan dan diperiksa bonet kereta. Terdapat senjata, seolah-olah Islam ini pengganas.
Adegan Kedua:
Adegan dimana beberapa orang seperti Melayu Islam (maaf saya tidak kenal pelakon tersebut, sbb saya bukan peminat hiburan) yang berlutut di hadapan patung Buddha. Kalau benar mereka beragama Buddha saya tidak kisah. Kalau Islam, harap pihak mufti dapat berikan fatwa bekaitan ini.
Adegan ketiga:
Ketua gangster bagi bangsa melayu adalah orang yang berketayap. Selalunya orang berketayap adalah orang yang alim, yang selalu maraikan rumah-rumah Allah. Mengapa mereka diperwatakkan sebagai ketua gangster?.
Marilah sama-sama kita merenung semula bagaimana musuh-musuh Islam menyusun strategi untuk menjatuhkan Islam. Sedangkan kita lena dan masih menyokong industri hiburan tanah air yang jijik ini.
Yang telah merosakkan akhlak Melayu.
12:12 PM
Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10) Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan. Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal. Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya. Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri. Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: “Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.” Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang. Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak. Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami. Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran. Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera. Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam. Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah. Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang. Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain. Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah? Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam. Oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS. |
1:09 AM
PAS Kawasan Setiu InsyaAllah telah selesai mengadakan Mesyuarat Agong tahunannya pada 29 April 2011 yang lalu.Mesyuarat agung kali ke 33 itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Dato Hj. Mustafa Ali. Di samping beberapa usul diluluskan, mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam juga telah berjaya memilih kepimpinan kawasan seperti berikut ;
1. Ustaz Mohd Pauzi Bin Muda
2. Sdr Aminudin Bin Umat
3. Ustaz Shaharizukirnain Bin Abd Kadir
4. YM Tengku Ahmad Bin Tg Hussain
5. Dr Azman Bin Ibrahim
6. Uskaz Mohd Kamal Bin Mustaffa
7. Ustaz Rozali Bin Muhammad
8. Hj Hassan Bin Karim
9. Ustaz Muhammad Bin Awang Teh
10. Sdr Hassan Bin Hitam
11. Ustaz Abd Rahman Bin Mamat
12. Sdr Shamsudin Bin Abd Wahab
13. Ustaz Mohd Bukhari Bin Mokhtar
14. Sdr Wan Hassan Basri Bin Wan Omar
15. Ustaz Mohd Nazari Bin Alias
16. Sdr Wan Ramli Bin Wan Abdullah
17. Sdr Mohd Rosdi Bin Ibrahim
18. Sdr Abd Raof Bin Mohamad
19. Ustaz Omar Bin Sidek
20. YM Tengku Nawawi Bin Tg Abd Kadir
1. Ustaz Mohd Pauzi Bin Muda
2. Sdr Aminudin Bin Umat
3. Ustaz Shaharizukirnain Bin Abd Kadir
4. YM Tengku Ahmad Bin Tg Hussain
5. Dr Azman Bin Ibrahim
6. Uskaz Mohd Kamal Bin Mustaffa
7. Ustaz Rozali Bin Muhammad
8. Hj Hassan Bin Karim
9. Ustaz Muhammad Bin Awang Teh
10. Sdr Hassan Bin Hitam
11. Ustaz Abd Rahman Bin Mamat
12. Sdr Shamsudin Bin Abd Wahab
13. Ustaz Mohd Bukhari Bin Mokhtar
14. Sdr Wan Hassan Basri Bin Wan Omar
15. Ustaz Mohd Nazari Bin Alias
16. Sdr Wan Ramli Bin Wan Abdullah
17. Sdr Mohd Rosdi Bin Ibrahim
18. Sdr Abd Raof Bin Mohamad
19. Ustaz Omar Bin Sidek
20. YM Tengku Nawawi Bin Tg Abd Kadir