12:12 PM
| Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10) Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan. Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal. Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya. Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri. Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: “Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.” Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang. Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak. Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami. Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran. Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera. Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam. Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah. Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang. Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain. Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah? Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam. Oleh : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS. |
1:09 AM
PAS Kawasan Setiu InsyaAllah telah selesai mengadakan Mesyuarat Agong tahunannya pada 29 April 2011 yang lalu.Mesyuarat agung kali ke 33 itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung PAS Dato Hj. Mustafa Ali. Di samping beberapa usul diluluskan, mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam juga telah berjaya memilih kepimpinan kawasan seperti berikut ;
1. Ustaz Mohd Pauzi Bin Muda
2. Sdr Aminudin Bin Umat
3. Ustaz Shaharizukirnain Bin Abd Kadir
4. YM Tengku Ahmad Bin Tg Hussain
5. Dr Azman Bin Ibrahim
6. Uskaz Mohd Kamal Bin Mustaffa
7. Ustaz Rozali Bin Muhammad
8. Hj Hassan Bin Karim
9. Ustaz Muhammad Bin Awang Teh
10. Sdr Hassan Bin Hitam
11. Ustaz Abd Rahman Bin Mamat
12. Sdr Shamsudin Bin Abd Wahab
13. Ustaz Mohd Bukhari Bin Mokhtar
14. Sdr Wan Hassan Basri Bin Wan Omar
15. Ustaz Mohd Nazari Bin Alias
16. Sdr Wan Ramli Bin Wan Abdullah
17. Sdr Mohd Rosdi Bin Ibrahim
18. Sdr Abd Raof Bin Mohamad
19. Ustaz Omar Bin Sidek
20. YM Tengku Nawawi Bin Tg Abd Kadir
1. Ustaz Mohd Pauzi Bin Muda
2. Sdr Aminudin Bin Umat
3. Ustaz Shaharizukirnain Bin Abd Kadir
4. YM Tengku Ahmad Bin Tg Hussain
5. Dr Azman Bin Ibrahim
6. Uskaz Mohd Kamal Bin Mustaffa
7. Ustaz Rozali Bin Muhammad
8. Hj Hassan Bin Karim
9. Ustaz Muhammad Bin Awang Teh
10. Sdr Hassan Bin Hitam
11. Ustaz Abd Rahman Bin Mamat
12. Sdr Shamsudin Bin Abd Wahab
13. Ustaz Mohd Bukhari Bin Mokhtar
14. Sdr Wan Hassan Basri Bin Wan Omar
15. Ustaz Mohd Nazari Bin Alias
16. Sdr Wan Ramli Bin Wan Abdullah
17. Sdr Mohd Rosdi Bin Ibrahim
18. Sdr Abd Raof Bin Mohamad
19. Ustaz Omar Bin Sidek
20. YM Tengku Nawawi Bin Tg Abd Kadir
9:30 PM
Ihsan : Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.
Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.
"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.
Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.
Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.
Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.
Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.
Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

10:37 AM
SHAH ALAM, 13 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.
Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.
"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.
Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.
Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.
"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.
Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.
Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.
Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.
Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.
Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.
"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.
"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.
Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.
Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.

8:04 AM
PAS tetap bersama PR, dengan Umno sekadar Federalisme..... PAS hari ini mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menegaskan, perbincangan di antara kerajaan dengan kerajaan (Goverment to Goverment) boleh diteruskan untuk kepentingan Islam dan rakyat.
"Dari sudut politik kita bersama Pakatan Rakyat.Dari sudut G to G ertinya kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dalam konteks federalisme itu tak jadi masalah. Pulau Pinang boleh bercakap dengan kerajaan pusat, kedah, Selangor dan mana-mana kerajaan boleh berbincang dengan kerajaan pusat sebab mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.
"G to G tidak ada masalah, isu-isu semasa pun tidak ada masalah tapi kerjasama politik pada waktu ini memang PAS bersama Pakatan Rakyat," tegasnya pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini hari ini.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya pemberita berhubung kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS.
Muhyiddin juga bersedia bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan isu-isu melibatkan negeri itu.
Mustafa berkata, sebagai menteri besar, tidak salah untuk Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk menyelesaikan perkara-perkara tertunggak.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba memanipulasi pertemuan tersebut kerana PAS sesekali tidak akan mengkhianati kesetiaan terhadap Pakatan Rakyat.
"Mursyidul am dalam waktu yang sama beliau adalah menteri besar Kelantan. Jadi bagi saya tidak salah sebagai menteri besar untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan pusat untuk berbincang banyak perkara.
"Dalam konteks federalisme sangat perlu sebenarnya perbincangan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana banyak isu-isu tertunggak.Royalti (petroleum) misalnya, itu isu tertungak yang belum selesai lagi.
"Saya tidak fikir bahawa pertemuan ini akan menyentuh soal-soal kerjasama politik sebab PAS telah memutuskan bahawa kita bersama-sama Pakatan Rakyat. dan Tok Guru (Nik Aziz) sangat arif tentang perkara ini.
Saya tidak fikir soal kerjasama politik akan terus berbangkit. Kita akan terus bersama Pakatan sehinggalah kita menghadapi pilihanraya umum yang ke 13," kata bekas pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat itu.
Sementara itu, Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu pagi tadi dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."......
DENGAR TU BAIK BAIK UMNO...JANGAN PEKAK BADAK DAN BERPEKONG DIHATI DAN BERNANAH DIMINDA.....SEDAR DIRI SIKIT.....